MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pendaftaran Bagi Snapdragon Pro Series MLBB Kini Dibuka!

ai hyprgame
Kongsi
Pendaftaran Bagi Snapdragon Pro Series MLBB Kini Dibuka!
Kredit ; MPL Malaysia

Acara yang dinantikan akan tiba tidak lama lagi, Snapdragon Pro Series Mobile Legends Bang Bang MLBB akan menemui anda bermula 10 Disember 2022 ini.

Oleh yang demikian, Pendaftaran bagi acara ini telah pun dibuka kepada semua pasukan amatur mahupun semi-pro Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos.

Snapdragon Pro Series Mobile Legends Bang Bang MLBB merupakan satu platform yang mengetengahkan perkembangan esukan diseluruh dunia. Kejohanan ini memberi peluang kepada pemain untuk bersaing dengan negara lain menerusi 3 Tiers yang berbeza sekaligus meraih kemenangan.

Secara ringkasnya, Acara ini akan melalui Open Qualifiers dengan format single-ellimination dimana Top 1 daripada setiap Qualifier akan meneruskan perjalanan mereka ke Challenge Season. Manakala Top 2 dan Top 3 akan ke Open Finals, Dan menjadikan jumlah keseluruhan 2 peserta bagi setiap Open Qualifier untuk semua Regions (wilayah).

Bagi Mobile Open – Final )Broadcast) pula akan ada seramai 16 pasukan yang datang daripada Open Qualifier akan terus bermain di Open Finals bagi memenuhi slot mereka ke Challenge Seasin. Setiap permain akan melalui Double-elimination di dalam babak Open Finals. Kemudian Top 8 akan menuju ke Challenge Season dan permainan ini akan disiarkan di saluran kita.

Seterusnya di Mobile Challenge – Group Stage (Broadcast), Seramai 16 pasukan akan berlawan di Challenge Season dengan melalui Double-Elimination di setiap permainan dan seterusnya Top 4 akan mara ke Challenge Finals.

Akhir sekali pemain akan ke babak Mobile Challenge Finals (Broadcast) yang akan berlangsung di Malaysia sebagai acara LAN sekaligus menyaksikan 4 pasukan bersaing untuk merebut gelaran juara.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, Anda boleh terus ke laman sesawang Snapdragon Pro Series ESL Mobile Legends Bang Bang dan ESL Gaming.

Jadi apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk anda mengetengahkan bakat serta kebolehan sekaligus mencari pengalaman diri. Daftar sekarang untuk memenangi hadiah sehingga U$75,000!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *