MEMUAT

Taip untuk mencari

RIOT Bina Hub Permainan Di Incheon Airport

ai hyprgame
Kongsi
RIOT Bina Hub Permainan Di Incheon Airport

Berita baik buat peminat permainan maya seperti Valorant dan League of Legends di seluruh dunia, Kini Riot Games telah mengumumkan yang mereka telah membina Games Hub (Hub Permainan) di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan.

Kredit : Gerald Lee

Menunggu terlalu lama di lapangan terbang untuk penerbangan seterusnya sudah tentu memenatkan, Tambahan lagi tanpa melakikan sebarang aktiviti untuk menghilangkan rasa bosan seperti bermain permainan didalam talian (Online Game) yang anda sukai.

Oleh yang demikian, Riot Games mengambil peluang ini dengan menjadikan Incheon Airport sebagai pusat atau hub permainan (Gaming Hub) khusus buat semua pengembara yang menggunakan lapangan terbang ini untuk mengembara.

Kredit : AFK Gaming

Pengguna yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, South Korea atau Incheon Airport ini boleh mengakses permainan Valorant dan League of Legends untuk mengisi masa yang agak panjang ketika menunggu.

Pusat permainan ini sudah menjadi tular di media sosial setelah Gerald Lee memuatnaik Tweet pertama berkaitan pembinaan Hub Games ini pada 5 Disember yang lalu.

Kredit: d̵͍͊̚h̸̠̝̑͝a̴̮̓n̶̻͇͠i̷̯̦̐̕

Untuk pengetahuan anda, Gaming booth Riot Games yang berada di Incheon Airport ini menjadi tarikan kepada peminat dengan perabot berlatarbelakangkan hasil karya Valorant dan League of Legends LoL. Tumpuan utama kepada rekaan perabot dan karya seninya adalah dengan patung atau statue karakter League of Legends iaitu Ahri dan Agent Jett didalam Valorant.

Pelancong mahupun pendatang yang menggunakan perkhidmatan Incheon Airport ini boleh mengambil bahagian didalam pelbagai tugasan cabaran seperti latihan didalam Valorant. Tambahan lagi, Anda juga berkesempatan untuk mendapatkan giveaway atau hadiah daripada kakitangan hub ini.

Selain itu, Keistimewaan lain yang anda boleh terokai disini adalah menikmati pemandangan sekeliling Riot Games Hub yang dipenuhi dengan booth berkonsepkan idea segar dan keaslian tentang Riot Games.

Jika ada Riot Games Hub sudah tentu akan ada peluang untuk anda turut mengakses permainan Valorant dan League of Legends menerusi PC yang disediakan. Malahan anda boleh mengambil gambar atau video di Photo Booth yang ada di hub ini.

Selain Ahri, Karakter lain seperti Braum, Lux dan Evelynn juga dapat dilihat di Riot Games Hub Incheom Airport ini.

Menurut sumber yang dilaporkan oleh JoongAng Daily Korea, Hub yang dibina ini merupakan hasil kerjasama Riot Games Korea denagn Incheon International Airport Corporation didalam mencipta pengalaman permainan buat para pengembara. Malahan dapat juga memperkenalkan tentang latarbelakang permainan, budaya permainan tentang Valorant dan Leagueof Legends.

Secara tepatnya Riot Games Experience Zone ini telah dibuka pada Oktober yang lalu sehinggakan anda reaksi lucu yang mengatakan Amerika Utara tidak lagi perlu meninggalkan lapangan terbang ini untuk hadir ke Liga Antarabangsa (International League) di Korea. Ini merupakan langkah terbesar buat Riot Games untuk meluaskan lagi legasi mereka dimata dunia.

Incheon International Airport merupakan lapangan terbang yang paling sibuk di Korea Selatan dengan lebih 130 destinasi dan berjuta penumpang pada setipa tahun.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *