MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Scream Dan Nivera Keluar Daripada Team Liquid

ai hyprgame
Kongsi
Scream Dan Nivera Keluar Daripada Team Liquid

Sebentar tadi Team Liquid telah pun mengumumkan yang duo lineup mereka iaitu Scream dan Nivera sudah tidak lagi bersama divisi Valorant Team Liquid secara rasminya.

Kredit : Team Liquid Valorant

Duo popular didalam pasukan Team Liquid ini akan membawa bakat mereka ke tempat lain bagi musim Valorant 2023 nanti. ScreaM telah menjadi sebahagian daripada pasukan ini sejak Ogos 2020 ketika organisasi di Amerika Utara menandatangani kerjasama bersama lineup pasukan Fish123 yang dikelolan oleh organisasi British.

Manakala Nivera pula menyertai Team Liquid setahun selepas kerjasama tersebut sebaik sahaja dia bersara daripada arena kompetetif CS:GO.

Kredit : Team Liquid Valorant

Kedua-dua bintang Valorant ini bekerjasama membawa nama Team Liquid ke 3 perlawanan sehingga meletakkan pasukan ini berada di Top 4 semasa Valorant Champion 2021 VCT. Selain itu, Scream juga berjaya membuat kemunculan di acara antarabangsa sebelum saudara lelakinya ini menyertai Team Liquid di VCT Stage 2 Masters Iceland 2021.

Dengan pengunduran ScreaM ini, Team Liquid kini hanya tersisi satu sahaja lagi ahli daripada lineup asal iaitu Dom Sulcas atau juga dikenali sebagai Soulcas didalam arena esukan Valorant ini.

Mereka berdua menjadi sebahagaian daripada kunci yang membawa kejayaan Team Liquid sehingga ke peringkat antarabangsa selama ini. Seperti ScreaM yang sentiasa konsisten berperananan sebagai Duelist dan Nivera yang boleh memainkan pelbagai peranan buat pasukan ini.

Dua beradik ini mempunyai kerjasama dengan organisasi Perancis di Karmine Corporation ketika di Off Season sekaligus menjadi satu daripada 10 rakan kongsi didalam Riot Games EMEA Valorant League.

Terkini komuniti esukan dikhabarkan yang Team Liquid akan menandatangai kerjasama bersama Igor Vlasov (Redgar), Ayaz Akhmetshin (nAts) yang merupakan bekas pemain Gambit Esports. Selain mereka berdua, Pemain yang bernama Saif Jibraeel (Sayf) daripada Guild Esports akan turut diserap oleh Team Liquid bagi musim 2023 nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *