MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

Mahkamah AS Tolak Tuntutan Riot Terhadap Moonton

ai hyprgame
Kongsi
Mahkamah AS Tolak Tuntutan Riot Terhadap Moonton

Nampaknya perdebatan antara Riot Games dan Moonton masih tidak berakhir lagi sehingga ke hari ini, Malahan menjadi bualan komuniti esukan khususnya Mobile Legends Bang Bang.

Kredit : Games Industry

Baru-baru ini Riot Games telah membuat tuntutan mahkamah terhadap pembangun Mobile Legends Bang Bang MLBB iaitu Moonton Technology berkenaan isu kandungan permainan peranti mudah alih tersebut. Setelah sekian lama menunggu, Keputusan tuntutan tersebut akhirnya ditamatkan oleh mahkamah Amerika Syarikat.

Semalam mahkamah Amerika Syarikat di California telah menolak tuntutan undang-undang (Lawsuit) yang diberikan kepada Moonton Technology daripada Riot Games. Pemecatan tuntutan tersebut adalah untuk mengesyorkan kepada Moonton membawa kes ini ke mahkamah lain yang sesuai dengan kes ini, iaitu China.

Riot Games memberikan alasan yang merangkumi 3 perkara termasuk isu Covid 19, Dan sekata perjalanan ke China bagi meneruskan tuntuntan ini. Tetapi hakim AS telah menolak kesemua hujah yang diusulkan oleh Riot Games itu.

Umum mengetahui yang Riot Games adalah dimiliki sepenuhnya oleh Tencent sebagai syarikat induk, Tetapi syarikat ini tidak mahu mengambil bahagian didalam kes ini dan ingin tindakan undang-undang diambil secara berasingan terhadap Moonton di China. Tambahan lagi pihak mahkamah menyatakan tuntutan Riot terhadap Moonton itu adalah tidak adil tanpa campurtangan daripada Tencent sendiri berkenaan kes ini.

Ini merupakan kedua kalinya kes Riot Games ditolak bagi perubahan tempat pengadilan. Pada 2017, Pembangun League of Legends LOL ini pernah membawa Moonton ke mahkamah selepas mendakwa yang mereka telah membangun dan mengedarkan permainan yang direka semasa kerjasama mereka dahulu, Kemudian menukarkannya menjadi game Mobile Legends Bang Bang MLBB. Ini menjadikan salah satu penyalahgunaan harta intelek Riot yang terkenal dan berharga itu.

Walaubagaumanaipun kes tersebut ditolak (dismissed) kerana sebab yang sama dimana mahkahmah di China adalah lebih sesuai untuk menyelesaikan kes ini.

Hakim daerah di Amerika Syarikat iaitu Michael Fitzgerald juga telah memberikan kenyataan berhubung keputusan mahkamah ini iaitu tentang kebenaran kandungan Mobile Legends Bang Bang itu benar-benar sama seperti 2017 atau Riot hanya sekadar tidak berpuas hati dengan kemajuan mahupun kekurangan permainan peranti mudah alih tersebut yang masih kian pesat di China.

Salah satu hal yang merumitkan adalah kerana Riot Games dan Tencent berada dibawah satu bumbung yang sama dan terdapat kekurangan teori didalam permasalahan ini.

Sebagai peminat kepada kedua-dua organisasi permainan maya ini, Pastinya masih mengingati tentang tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Moonton pada 2019 yang memperdebatkan tentang Mobile Legends Bang Bang MLBB ditiru dengan permainan Honor of Kings. Tetapi keputusan tetap menyebelahi Moonton apabila Tencent kalah pada 22 Oktober 2022 yang lalu kerana penyebaran maklumat yang salah untuk melawan pesaingnya itu.

Tanpa bukti yang kukuh dan maklumat yang benar, Apa sahaja yang dikatakan oleh Riot Games mahupun Tencent itu tidak mamhu memberikan kemenangan sekaligus menuduh Moonton meniru kandungan mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *