MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Scarz Juarai Kejohanan ROG Masters Asia Pacific 2022

ai hyprgame
Kongsi
Scarz Juarai Kejohanan ROG Masters Asia Pacific 2022

Masih ingatkah anda tentang acara Kejohanan ROG Masters Asia Pacific 2022 yang telah berlangsung beberapa minggu lamanya, Terkini acara tersebut telah pun menutup tirainya dengan menyaksikan kemenangan divisi daripada negara matahari terbit iaitu Jepun.

Kredit : Nextorage

Pasukan Scarz daripada Jepun akhirnya berjaya menewaskan Gaimin Gladiators dengan skor 2-1 dipusingan Finals sekaligus membawa pulang 40,000 USD Prize Pool.

Acara yang memahkotakan pemenang ROG Masters Asia Pacific 2022 ini telah berlangsung di Thailand Game Show dan menyaksikan penyertaan lebih daripad 100 pasukan Tom Clancy’s Rainbow Six: Siege daripada seluruh region Asia Pasifik sejak Ogos yang lalu.

Di peringkat final pula telah melayakkan 4 pasukan terbaik bersaing selama 3 hari berturut-turut sepanjang acara berlangsung yang telah mempersembahkan aksi perlawanan terbaik daripada Scarz dan Gaimin Gladiators daripada Indonesia ditomton 160,000 kehadiran penonton.

Menurut Pengurus Besar Asus, Peter Chang menyifatkan yang acara ini adalah sangat mengujakan kerana kita dapat melihat perjalanan menakjubkan pemain yang bersaing sehingga ke babak finals. Inilah yang menjadi “big why” Asus sebagai penganjur dan penaja rasmi patut mengadakan acara ini dimasa yang akan datang.

Sebagai syarikat peranti mudah alih dan elektronik, Asus telah memberi banyak peluang kepada gamers di luar sana seperti Scarz menjadi sebahagian daripada misi Asus sendiri untuk mewujudkan industri esukan yang hebat.

Untuk pengetahuan anda, Pada tahun ini Asus Republic Gamers yang menjadi komputer riba gaming no.1 didunia menganjurkan ROG Masters Asia Pacific bagi permainan Tom Clancy’s Rainbow Six : Siege. Acara ini telah memulakan tirainya di pusingan Open Qualifier spada Ogos 2022 yang lalu sekaligus menjemput pasukan profesional pada September lalu.

Selain Scarz daripada Jepun, ROG Masters Asia Pacific ini turun membawakan pasukan daripada region lain seperti Asia Selatan, Asia Tenggara, dan Korea.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *