MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

sScary Jelas Sebab Sertai BLEED eSports

ai hyprgame
Kongsi
sScary Jelas Sebab Sertai BLEED eSports

Beberapa hari yang lalu media sosial kecoh dengan perpindahan sScary yang merupakan pasukan Xerxia telah menandatangai kontrak baharunya bersama dengan pasuakan Bleed Esports.

Kredit : @SeulgiVLR

sScary yang digelarkan sebagai pemain terbaik yang bijak mengawal permainan di Asia Tenggara ini tidak akan bermain di VCT 2023 Liga Pasifik kerana mempunyai sebabnya tersendiri.

Pemain yang berasal daripada Thailand ini sedar yang di telah melepaskan peluang untuk beraksi di VCT 2023 yang boleh membawanya ke peringkat antarabangsa dan acara terbesar setelah menandatangi kerjasamanya bersama Bleed Esports. Sebaliknya, sScary akan bersaing di Challengers Ascenion Circuit bersama Bleed Esports bagi mendapat kelayakkan untuk ke Liga Pasifik tersebut pada 2024 pula.

Terkini, Bintang Valorant yang berusia 23 tahun ini menyatakan yang dia mempunyai komitmen kewangan untuk menampung keluarganya dan yakin dengan tawaran yang diberikan oleh Bleed itu amatlah lumayan sehingga sScary tidak perlu bimbang akan isu kewangan kelak.

Kredit : Bleed Esports

Menurut sScary ketika ditemuramah oleh One Esports, sScary berpendapat bagi kebanyakkan pemain mencapai peringkat tertinggi adalah segalanya bagi mereka tetapi hal ini juga harus difikirkan terlebih dahulu demi masa depan mereka.

Bekas pemain profesional Xerxia menyatakan yang kerjaya sebagai pemain profesional esports adalah singkat dan sampai masanya akan tamat juga, Ketika itulah mereka perlu mencari cara lain untuk menyara diri dan keluarga masing-masing.

“Bleed teleh memberikan saya peluang untuk berjaya dan mencapai matlamat tertinggi di usia 23 ini, Sementara melakukan apa yang saya suka tanpa perlu bimbang dengan hal kewangan didalam hidup ini lagi. ” – sScary

Bagi sScary, Dia tidak boleh menjadi atlet sepanjang hidupnya kerana tempoh menjadi atlet itu tidaklah berkekalan dan mungkin hanya bertahan sehingga 2, 5 atau 10 tahun bergantung kepada pemain.

Malahan semakin banyak tahun berlalu, Kita akan melihat ramai pemain baharu dan pemain lagenda mungkin akan dilupai. Buat sSracy apa yang penting baginya adalah tentang berapa banyak wang yang akan diperolehi sebagai atlet.

Lebih mengecewakan adalah apabila orang yang tidak berada didalam komuniti Valorant atau esukan tidak sentiasa kagum dengan apa yang sScary lakukan sebagai pemain profesioan yang telah mewakili Thailand di pentas dunia. Malahan yang menjadi perhatian mereka adalah gaji pemain tersebut.

Tawaran gaji yang diberikan oleh Bleed dikatakan sudah cukup untuk menampung keluarganya kelak jika dia bersara nanti. Sudah banyak matlamat yang dicapai diumur 23 tahun ini, Dan sScary lebih memilih bersama Bleed daripada menerima tawaran pasukan Francais untuk bersaing di VCT 2023.

Walaubagaimanapun , Keputusan bintang Thailand ini tidaklah bermaksud yang dia tidak mementingkan kemenangan sebaliknya menegaskan yang dia masih dengan matlamat jangka pendeknya untuk menjadi juara dunia.

Manakala matlmat jangka panjangnya pula untuk bebas daripada masalah kewangan buat keluarganya, Malahan sScary mengambil masa 2 minggu untuk membuat keputusan ini dan sedar yang ramai peminatnya tidak senang hati dengan keputusan yang dibuat.

Namun begitu, sScary juga tidak menolak kemungkinan yang dia akan berpindah ke pasukan lain di masa hadapan kerana jika seseorang pemain itu masih lagi bagus mereka akan meneruskan didalam divisi tersebut.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *