MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Akira Juara MPL Brazil S3 Dan Ke M4.

ai hyprgame
Kongsi
Akira Juara MPL Brazil S3 Dan Ke M4.

Selepas RRQ Hoshi menjadi Naib Juara di MPL ID S10 sekaligus menemani Onic Esports untuk ke M4 World Championship, Satu lagi divisi yang berada di jenama yang sama iaitu RRQ Akira daripada Brazil juga menyusul ke M4 selepas menang dengan skor 4-1 menewaskan DreamMax Esports semalam.

Kredit : Team RRQ

Kemenangan ini telah membuktikan yang RRQ Akira ini berjaya memegang gelaran Back To Back Champion di MPL Brazil sekaligus juga menjadi bukti kekuatan pasukan ini tidak boleh dipandang sebelah mata.

Konsistensi RRQ Akira sejak liga (Regular Season) bermula sehinggalah ke Playoffs akhirnya menunjukkan hasil yang terbaik apabila mendominasi dengan 100% Win Rate di babak akhir MPL Brazil S3.

Kredit : Team RRQ

Kerana jika dilihat pasukan lawan mereka iaitu DreamMax juga tak kurang hebatnya kerana mampu bersaing hingga ke babak Grand Final dan hampir sahaja merampas tahta kejuaraan daripada RRQ Akira. Namun begitu tuah tidak memihak kepada mereka kali ini kerana berjaya mendapatkan 1 mata sahaja.

Wakil Brazil ke M4 ini akan berangkat ke Jakarta Indonesia bagi acara gilang-gemilang itu pada Januari 2023 nanti sekaligus menjadikan M4 sebagai acara dunia kedua bagi mereka kerana pernah mewakili Brazil pada M3 yang lalu.

Untuk pengetahuan anda, Asalnya pasukan ini merupakan pasukan Keyd Stars yang sudah berpengalaman didalam arena esukan kompetetif. Kemudian RRQ Akira dibina dan mereka telah mewakili Brazil di MPL Brazil S1 bersama Red Canids yang juga telah menjuarai Brazil ketika itu.

Berbeza sedikit dengan MPL MY, MPL PH dan MPL ID, Hanya Juara MPL Brazil S3 sahaja yang layak untuk mewakili Brazil ke M4 musim ini.

Salah satu hal yang menjadi perhatian warganet adalah melihat kehebatan ahli pasukan RRQ Akira iaitu Seigen diatas usahanya sebagai Midlaner berjaya dinobatkan sebagai Final MVP selain Cabral yang juga dinobatkan sebagai Best Coach di MPL Brazil S3 ini.

Sebelum menurunkan DreamMax di Final Upper Bracket dan berperang di Grand Final, RRQ Akira juga telah berhadapan dengan Son Esports dan mengalahkan mereka di Upper Bracket.

Memandangkan RRQ Akira akan bertemu saudara mereka iaitu RRQ Hoshi di M4 nanti, Adakah mereka akan berada didalam satu kumpulan dan berperang sesama mereka di Land Of Dawn nanti ? Kita tunggu dan lihat saja nanti.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *