MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

The Infinity Juara PMPL Sea Championship Fall 2022

ai hyprgame
Kongsi
The Infinity Juara PMPL Sea Championship Fall 2022

Hari terakhir Grand Final PMPL Sea Championship Fall 2022 semalam telah menyaksikan raja juara The Infinity mendapatkan tempat pertama di Overall Ranking.

Akhirnya The Infinity telah dinobatkan sebagai Juara PMPL Sea Championship Fall 2022, Mereka boleh kita katakan sebagai raja juara kerana telah memenangi kejohanan sebegini sebanyak 2 kali. Ternyata firepower dan corak permainan yang diberikan tiada tolok bandingnya bersaing dengan 15 pasukan termasuk pasukan Malaysia.

Pasukan Thailand di PMPL Sea Championship Fall 2022 rata-ratanya menunjukkan konsistensi daripada mulanya liga yang berlansung selama 3 minggu lalu sehinggalah ke babak akhir untuk merebut trofi kemenangan.

Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Top 3 tertinggi di Overall Ranking juga dimenangi oleh pasukan Thailand yang lain iaitu Buriram United Esports, Faze Clan dan Tem Esports, Kemudian baharulah diikuti oleh satu-satunya pasukan Malaysia yang memegang Top 5 iaitu Yoodo The Alliance. Pasukan Yoodo The Alliance adalah pasukan Malaysia yang konsisten WWCD setiap hari sepanjang Grand Final berlangsung.

Buriram United Esports berjaya comeback dengan bantuan daripada pemain PMGC iaitu Kenzo untuk mencapai kedudukan di Top 2. Malahan firepower mereka yang cukup padu berjaya untuk WWCD sebanyak 3 kali didalam sehari sahaja sekaligus menolak pasukan Faze Clan ditempat ke-3 semalam.

Sayang sekali 4Rivals yang diawalnya mulai nampak rentak ketika di Liga dan Juara PMPL MY SG PH 2022 Geek Fam hanya berjaya menempatkan pasukan mereka di Overall Ranking Top 10 dan Top 11 masing-masing. Walaupun begitu kehadiran mereka di babak Grand Final ini telah menghangatkan lagi suasana dan memberikan saingan sengit di PMPL Sea Championship Fall 2022. Tambahan lagi Yoodo The Alliance, Geek Fam dan 4Rivals akan turut serta di PUBG Mobile Global Championship 2022 nanti, Sekaligus menjadi pasukan Malaysia pertama dengan 3 wakil ke acara global ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *