MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

The Infinity Juara PMRC 2022, Nova Runner-Up

ai hyprgame
Kongsi
The Infinity Juara PMRC 2022, Nova Runner-Up

Semalam merupakan hari terakhir dan penentuan buat PUBG Mobile Regional Clash 2022 yang diadakan kali pertama didalam sejarah PUBG Mobile.

Setelah pergelutan sejak 22 September 2022 sehingga 25 September 2022, pasukan Thailand iaitu The Infinity telah dinobatkan sebagai Juara PMRC pertama.

Pasukan Thailand yang dihadirkan bersama Noozy ini berjaya memungut 191 mata dan menjadi satu-satunya pasukan dengan mata singkiran tertinggi daripada 15 pasukan lagi bertanding. The Infinity kekal konsisten sejak hari pertama PMRC berlangsung dengan berada di kedudukan Top 1 sehingga haru terakhri semalam.

Untuk pengetahuan anda, The Infinity merupakan Juara kepada PMPL Thailand Fall 2022, PMPL Thailand Musim 4, dan PMPL Southeast Asia Championship Musim 3.

Kredit : GameTube

Selain The Infinity yang konsisten, pasukan daripada China yang digeruni dengan Paraboy iaitu Nova Esports telah memenangi tempat kedua (Runner-Up). Pada hari pertama PMRC kedudukan Nova Esports agak goyah kerana berada di Top 9, Walaubagaimanapun pasukan ini bangkit dan terus mengejar sehingga konsisten berada di Top 2 sejak hari ke-2 sehingga hari terakhir kejohanan. Juara dunia 2 kali ini memang tidak dapat dinafikan lagi kekuatan mereka saat beraksi di medan peperangan PUBG Mobile.

Bacon Esports (Thailand) pula berjaya meraih kedudukan Top 3 di acara PMRC 2022 dengan aksi dan prestasi terbaik mereka sepanjang perlawanan berlangsung. Walaupun tidak berjaya mendapatkan sebarang WWCD, Sedikit pun tidak menggoyahkan mereka untuk kekal fokus. Mereka sebenarnya sempat mendapatkan Top 2 beberapa kali di ahri ke-3, Cuma nasib tidak menyebelahi mereka, Mungkin kalau mereka mengubah strategi sikit dan berjaya WWCD sudah tentu legasi Thailand ini akan menjadi pasukan yang merisaukan buta Malaysia di PMPL SEA nanti.

Prestasi pasukan Malaysia iaitu SEM9, Geek Fam dan 4Rivals kurang memuaskan di PMRC pertama ini, Walaubagaimanpun mereka telah berjaya menimba pengalaman dan pengajaran yang secukupnya untuk arena SEA dan Global Champiuonship yang akan datang. Kerana untuk berada di PMRC 2022 bukanlah hal yang mudah sekaligus bersaing dengan gergasi hebat seperti Thailand dan China. Pasukan SEM9 berada di Top 14, Geek Fam Top 15 dan akhir sekali diikuti oleh pasukan 4Rivals di Top 16.

Kini tiba masanya untuk wakil Malaysia ini bersiap sedia bagi kejohanan seterusnya dan diharapkan supaya mereka dapat merampas balik gelaran juara pada PMPL SEA nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *