MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

KOHAI Championship S2 Kini Dibuka Untuk Pendaftaran!

ai hyprgame
Kongsi
KOHAI Championship S2 Kini Dibuka Untuk Pendaftaran!

Berita baik buat anda yang meminat esukan kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB ! KOHAI Championship musim kedua kini kembali lagi menemui anda dengan Prize Pool sebanyak RM30,000.

Inilah peluang anda untuk beraksi daripada 256 pasukan didalam Tournament Terbuka bersama pasukan profesional jemputan khas pada siri kali ini.

Pendaftaran adalah percuma dan anda berpeluang untuk menyerlahkan bakat Mobile Legends Bang Bang MLBB anda kepada komuniti esukan menerusi KOHAI Championship musim kedua ini.

Untuk pengetahuan anda, pendaftaran bagi KOHAI Championship musim 2 ini telah dibuka sejaak 20 September 2022 dan akan berakhir sehingga 16 Oktober 2022. Jadi apa tunggu lagi? Daftar sekarang sementara masih ada slot dan tarikh masih dibuka!

Untuk mendaftar, anda perlu memuatnaik aplikasi Kohai Gamer dan klik pada pautan pendaftaran di dalam aplikasi tersebut.

Bagi yang baharu sahaja bermula didalam esukan ini, Kohai merupakan satu platform yang membantu komuniti dan peminat esukan seperti MLBB untuk meningkatkan pembangunan esukan ke tahap yang lebih kompetetif. Peranan yang diberikan oleh Kohai ini adalah seperti mengasah teknik “gaming” dan bermain secara profesional sekaligus menjalinkan hubungan yang baik dengan komuniti pemain esukan.

Pada tahun lalu, Kohai telah mengadakan tournament pertamanya iaitu KOHAI Championship selepas mereka berjaya melancarkan Kohai versi beta kepada umum dan digunakan sebanyak 43,000 oleh peminat esukan Malaysia. Selain MLBB, Kohai juga membuka penyertaannya bersama PUBG Mobile sebagai antara divisi esukan yang popular. Malahan Kohai juga telah berkolaborasi dengan pasukan esukan tanahair didalam projek mereka sebelum ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *