MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

“Terima Kasih Bravo Untuk Musim Ini.” – Farang Esports

ai hyprgame
Kongsi
"Terima Kasih Bravo Untuk Musim Ini." - Farang Esports

Usai sudah liga PMPL MY SG PH Fall baru-baru ini, pasukan Farang Esports mengucapkan selamat tinggal kepada Bravo daripada SEM9 kerana telah bersama berjuang sepanjang liga tersebut.

Bravo merupakan ahli pasukan SEM9 yang telah dipinjamkan kepada Farang Esports bagi PMPL MY SG PH Fall 2022 musim ini. Lokman Hakim Abdul Saddar atau lebih dikenali sebagai Bravo didalam arena kompetetif PUBG Mobile ini telah memulakan perjalanannya bersama ESG Gaming, Dingoz, dan YoodGank sepanjang 2020 sehingga 2021.

Bravo kemudian menyertai SEM9 pada Oktober 2021 sehinggalah sekarang dan sempat menjadi pemain pinjaman bersama Farang Esports sejak Julai-September 2022.

Kini tempoh atau kontrak sebagai pemain pinjaman bersama Farang Esports sudahpun tamat dan Bravo kini kembali aktif, meneruskan perjuangan bersama pasukan asalnya SEM9.

Kredit : Farang Esports

Untuk pengetahuan, Farang Esports berpeluang beraksi di Liga PMPL MY SG PH Fall 2022 bersaing bersama 20 pasukan terbaik dan hanya mampu bertahan di tangga #18 di overall ranking. Sebelum ini Farang Esports sempat mendapatkan pencapaian terbaik mereka di arena kompetetif PUBG Mobile ini apabila mendapat tempat pertama di PMPL S5 Qualifier dahulu. Semoga pasukan ini akan beraksi dan meningkatkan prestasi mereka dengan lebih baik di musim yang akan datang.

Manakala Bravo bukanlah pemain underrated, tetapi seorang pemain yang berpengalaman kerana telah melangkahkan kaki di pelbagai kejohanan seperti PMPL MYSGPH Spring 2022, Malaysian Esports Selection 2022, PMNC 2021, pandaPro Sea Cup 2021, dan banyak lagi perlawanan.

Apakah ada pengganti yang akan menggantikan posisi Bravo selepas ini di Fanag Esports? Setakat ini belum lagi ada apa-apa pengumuman dibuat berkenaan lineup dan hala tuju Farang Esports selepas ini.

Farang Esports juga menerusi muatnaik hantaran mereka mengucapkan ribuan terima kasih dan menghargai perjuangan Bravo bersama pasukan ini pada Liga PMPL MY SG PH Fall 2022. Semoga yang terbaik buat perjalanan baharu Bravo selepas ini!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *