MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pasukan manakah yang akan ke Playoff?

ai hyprgame
Kongsi
Pasukan manakah yang akan ke Playoff?

MPL MY musim ke-10 kini sudah memasuki minggu ke-7 dan ini menandakan pasukan-pasukan yang bertanding semakin hampir untuk melayakkan diri mereka ke pusingan Playoff.

Untuk pengetahuan, peringkat Playoff akan berlangsung pada 13 Oktober sehingga 16 Oktober 2022 di concourse Quill City Mall dan boleh ditonton secara percuma buat komuniti esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya.

Minggu ke-7, hari pertama ini kita akan menyaksikan pasukan Homebois dan Team Haq berlawan antara satu sama lain pada jam 3 petang ini. Manakala perlawanan antara Raja Lautan Team Todak dan Team Lunatix pada 6 petang hari yang sama.

Mampukah Team Lunatix meraih kemenangan di minggu ini bagi mengelakkan mereka tersingkir apabila bertarung dengan Todak nanti? Atau sebaliknya mereka mampu membuktikan kepada semua yang pasukan Underrated seperti juga mampu memberi saingan sengit kepada pasukan senior di MPL MY ini.

Menerusi carta overall ranking setakat ini di MPL MY, Team Lunatix, Team Caracal dan RED Esports masih bergelut untuk mengunci slot ke Playoff di kumpulan B.

Kredit : MPL MY

Acara Playoffs MPL MY S10 nanti akan menyaksikan 8 pasukan terbaik bersaing secara kompetetif bagai merebut Prize Pool terkumpul sebanyak USD100,00 sekaligus menempah slot mereka menjadi wakil Malaysia ke MLBB World Championship M4.

Bagi yang sudah teruja untuk menghadirkan diri ke perlawanan Playoff MPL MY ini, anda sudah boleh menempah tiket dengan pra-pendaftaran menerusi link yang telah dimuatnaik di Facebook MPL MY. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik akan menanti anda di acara tersebut nanti. Jadi pastikan anda hadir untuk memeriahkan dan memberi semangat kepada pemain-pemain kita.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *