MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sora Payung Meninggalkan RED Esports

ai hyprgame
Kongsi
Sora Payung Meninggalkan RED Esports

MPL MY S10 sudah masuk ke minggu ke-4, perpindahan,perubahan roster sering kita dengari menerusi sosial media komuniti Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan pengunduran salah seorang ahli RED Esports Sora Payung meninggalkan pasukan ini sejak Rabu 24 Ogos 2022.

Berita ini diumumkan menerusi laman sosial rasmi Facebook pasukan RED Esports dan telah mengejutkan ramai pihak kerana regular season masih sedang dijalankan.

Menerusi sumber Facebook RED Esports, setakat ini belum ada apa-apa penjelasan tepat berkenaan sebab Sora Payung meninggalkan pasukan ini disaat mereka sedang mengalami kekalahan di minggu sebelumnya MPL MY S10.

Jika dilihat menerusi keputusan MPL MY S10 di minggu yang lalu, pasukan RED Esports kini berada di kedudukan yang agak tercorot kumpulan B. Tambahan lagi setelah mereka ditewaskan oleh Orange Esport dengan mata 0-2.

Kredit : MPL MY

Sora berperanan sebagai jurulatih didalam pasukan RED Esports, dan kini setelah keputusan mengejut tanpa sebarang notis dibuat oleh Sora sendiri adakah akan memberikan impak negatif kepada RED Esports buat persembahan mereka di MPL MY S10 ini? Mampukah RED Esports bangkit semula di minggu ke-4 tanpa sosok seorang jurulatih dengan MPL MY S0 yang masih berbaki 4 minggu?

Situasi ini sememangnya sukar bagi mereka, walaubagaimanapun perjuangan harus diteruskan dan mereka tidak boleh berhenti disini begitu sahaja. Mahu atau tidak mereka harus bangkit untuk meneruskan perjalanan mereka sehingga ke akhirnya.

Menerusi muatnaik RED Esports, mereka juga mengucapkan terima kasih dan mendoakan kejayaan Sora bagi perjalanan baharunya nanti. Peminat RED Esports dan komuniti MLBB juga tidak berhenti memberikan kata-kata semangat kepada RED Esports di ruangan komen mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

717114 Comments1 ShareLikeCommentShare

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *