MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

SEM9 Kembali Semula Di Free Fire Musim Baharu

ai hyprgame
Kongsi
SEM9 Kembali Semula Di Free Fire Musim Baharu

Menerusi satu hantaran yang dimuatnaik oleh media sosial rasmi SEM9, telah mengumumkan akan kembalinya pasukan SEM9 bagi divisi esukan Free Fire.

Pengumuman tersebut telah dibuat semalam dan dengan bangganya SEM9 memperkenalkan lineup bagi divisi Garena Free Fire Malaysia ini.

Ahli pasukan mereka adalah terdiri daripada FikryXI, Man04, Fenixx, Oren, Rajaa’, dan Lemonn. Ayuh kira raikan keenam-enam pemain bagi SEM9 Free Fire yang akan menyerikan lagi scene kompetetif esukan Malaysia ini.

Untuk pengetahuan anda, semua ahli pasukan bagi divisi Free Fire SEM9 yang telah pun kembali beraksi ini bukanlah pendatang baharu bagi arena esukan Malaysia ini. Malahan mereka sudah pun berpengalaman didalam arena ini seperti pasukan esukan yang lainnya.

Oren, Man04 dan FikriXI sebelum ini pernah menyertai Geek Fam bagi divisi Free Fire ini pada Mac lalu dan kini mereka memulakan perjalanan baharu bersama SEM9 bagi menghadapi cabaran musim ini pula.

Selain mereka bertiga, bekas pemain Blacklist International iaitu Fenixx atau nama sebenarnya Muhammad Nabil Syamim Abd Kahar juga memilih untuk berada di bawah naungan SEM9.

Kredit : SEM9

Kesemua mereka akan bersiap sedia bagi kejohanan MCPS musim ke-4 yang akan menjadi cabaran pertama mereka setelah kembali membina divisi Free Fire buat SEM9 ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *