MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Raja Emote Xorn Sertai SMG

ai hyprgame
Kongsi
Raja Emote Xorn Sertai SMG

Pemain Mobile Legends Bang Bang Geek Fam kini telah disahkan menjadi pemain pinjaman kepada pasukan SMG buat musim ini. Berita ini telah pun diumumkan menerusi Facebook Team SMG semalam.

” Ayuh kita raikan kedatangan “King Of Emote” Malaysia iaitu Xorn.”- Team SMG

Menerusi muatnaik hantaran tersebut, ramai komuniti Mobile Legends Bang Bang memberikan kata-kata positif dan semangat buat Xorn dan Team SMG

Kredit : Mobile Legends Army

Mereka merasakan yang esukan Mobile Legends Bang Bang musim ini akan lebih baik corak permainannya. Malahan ia mungkin menjadi sebuah signifikasi kejayaan buat SMG.

Kredit : Arkana Studio

Seperti yang kita sedia maklum, Xorn juga sudah berpengalaman dan boleh dikatakan seorang veteran didalam arena esukan Mobile Legends Bang Bang ini.

Pengalaman dan kebolehannya sebagai pemain prrofesional sepanjang perlawanan juga membuatkan dirinya digelar sebagai “King Of Emote” dalam kalangan komuniti esukan MLBB.

Walaupun pasukan Geek Fam gagal mendapatkan slot di MPL MY S10 ini, Xorn pula telah diambil sebagai pemain pinjaman buat pasukan SMG. Boleh jadi ini menjadi satu peluang untuk Xorn lebih bersinar bersama Team SMG. Apakah akan ada perlawanan antara Team SMG dan Team Lunatix yang pernah menolak Geek Fam keluar daripada MPL MY S10? Terus saksikan MPL MY S10 dengan aksi pasukan-pasukan ini nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya