MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Map Baharu Nextera Dilancarkan Free Fire

ai hyprgame
Kongsi
Map Baharu Nextera Dilancarkan Free Fire

Menerusi platform media sosial Garena Free Fire telah pun mengumumkan akan kedatangan Map Baharu Nextera didalam permainan maya ini.

Kredit : Garena Free Fire

Kemaskini Map baharu ini adalah bersempena dengan ulangtahun yang ke-5 sebagai permainan video survival shooter terkenal di dunia yang tersedia di peranti mudah alih seperti android, ios dan lain lain lagi platform.

Free Fire meraikan komuniti Free Fire yang kini boleh menikmati pengalaman baharu dengan menerokai Nexterra, Farmtopia mulai 20 Ogos 2022 ini.

Kredit : Garena Free Fire

Pemain akan merasai pengalaman pertempuran yang menyeronokkan sebaik sahaja dapat menguasai peta baharu Nexterra ini. Kelebihan peta baharu ini juga membolehkan pemain untuk melihat atau mengesan musuh menerusi dinding kaca yang berada di muzium Nextera.

Malahan dinding kaca tersebut juga adalah kalis peluru yang memberikan pemain peluang untuk mengalahkan musuh tanpa halangan.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini peta yang terdapat pada Free Fire adalah sebanyak 3 jenis peta, Nextera merupakan peta ke-4 baharu yang akan ditambah didalam permainan ini.

Jadi Nextera akan menjadikan permainan lebih dinamik dan iconic kepada pemain dan pertempuran mereka. Anda juga akan menikmati pelbagai elemen yang telah dinaik taraf semasa pertempuran.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkenaan tawaran dan ganjaran Free Fire sempena 5th Anniversary mereka ini, apa kata anda muatnaik Free Fire sekarang di peranti mudah alih anda. Jangan terlepas sebarang peluang dan berita terkini berkaitan permainan ini dengan mengikuti platform media sosial Garena Free Fire.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya