MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Daripada RSG PH “ly4knu” Ke MLBB Mongolia

ai hyprgame
Kongsi
Daripada RSG PH "ly4knu" Ke MLBB Mongolia

Sudah menjadi perkara biasa apabila pasukan daripada luar negara diimport atau diserap masuk kedalam pasukan negara lain. Sebelum ini kita sudah seringkali mendengar berita perpindahan pemain daripada Filipina berhijrah ke Indonesia.

Kredit : AFK Gaming

Seperti esukan lain, Mobile Legends Bang Bang juga tidak lari daripada perpindahan “transfer” ini. Beberapa hari yang lepas komuniti esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB dikhabarkan tentang kedatangan bekas pasukan RSG PH “ly4knu” yang telah menyertai pasukan MLBB Mongolia secara rasminya.

Joshwell Christian Manaog atau lebih dikenali sebagai “ly4knu” didalam divisi Mobile Legends Bang Bang ini tidak asing lagi di Filipina. Ly4knu adalah pemain daripada pasukan profesional Filipina iaitu RSG PH, dia menyertai RSG PH sejak 14 Julai 2021 kemudian bertukar kepada status tidak “inactive” 10 Januari 2022 sehingga 12 Julai 2022.

Kemudian pada 8 Ogos 2022 yang lalu, status “ly4knu” kini adalah sebagai Gold Laner bagi pasukan Mongolia iaitu Positive Gaming. Sebelum menyertai RSG PH dan Positive Gaming, “ly4knu” juga sempat menyertai pasukan ONIC PH pada tahun 2019-2021.

” Selamat Datang ke Positive Gaming, kenali ahli baharu kami, Christian Manaog, A.K.A “ly4knu”! kami meraikan ahli baharu kamu ini “ly4knu” yang merupakan bekas pemain pasukan ONIC PH dan RSG PH ke pasukan ini. “ly4knu” akan bermain untuk Positive Gaming mulai hari ini ” – Positive Gaming

Kredit : Positive Gaming

Menerusi sumber facebook Positive Gaming itu juga mereka turut menekankan akan mengumumkan lebih banyak lagi berita terkini berkenaan pasukan Positive Gaming kelak.

Sering digelar sebagai “Kingslayer” , Ly4knu juga sudah mempunyai pelbagai pengalaman dan kebolehan didalam penyertaan pelbagai kejohanan Mobile Legends Bang Bang sepanjang bersama ONIC PH dan RSG PH.

Mungkin masalah bahasa, komunikasi dan juga budaya mungkin akan menjadi salah satu cabaran buat Positive Gaming dan juga “ly4knu”. Walaubagaimanapun tidak salah untuk bertukar angin membuka lembaran baharu dan memulakan langkah baharu bersama pasukan lain bagi karier seseorang pemain itu. Semoga perjalanan buat kedua-dua pihak ini akan menyerikan lagi industri esukan Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *