Pejam celik minggu 1 sudah pun berlalu dengan penutup yang amat manis apabila Pasukan Geek Fam telah membuktikan kemampuan mereka berada di tangga 1 ketika perlawanan semalam.
Setelah bertungkus-lumus dengan saling mengejar mata berada di Top 3 atau Top 2, pasukan Geek Fam akhirnya berada di ranking 1 didalam overall standing PMPL MYSGPH Fall Minggu 1 (hari terakhir).
Nampaknya Geek Fam tidak salah menyusun strategi menerusi gabungan Damrude, Snipes, Micaop, Uhigh, dan Sonix7days semestinya membuahkan hasil yang dan lumayan apabila berjaya meraih mata bonus tertinggi di minggu 1 di Country League.
Menerusi 112 Elims, 114 Rank PTS, 1 WWCD dan Total Points sebanyak 226 Geek Fam telah berada di depan Team Secret, Dingoz Esports, Sem9, Team Haq, dan Nsea.
Team Secret kini memulakan langkah ke musim baharu dengan prestasi yang memuaskan apabila berjaya berada di tangga ke-2 dengan 19 mata bonus pada minggu 1 ini.
Manakala pasukan Dingoz Esports Esports pula telah mengakhiri hari terakhir minggu 1 ini dengan mendapatkan 4 kali berturut-turut Win Win Chicken Dinner dan menjadikan mereka berada di tangga ke-3 minggu 1 PMPL MYSGPH Fall 2022.
Pasukan Sem9 secara tiba-tiba telah jatuh daripada ranking pertama ke ranking ke-4 setelah konsisten menjadi Top 1 selama dua hari berturut-turut pada minggu 1 ini.
Apakah akan ada perubahan lagi di Minggu Ke-2 PMPL MYSGPH Fall 2022 ini? Apakah momentum pasukan Geek Fam akan terus kekal sehingga ke penghujung kejohanan ini? Kita tunggu dan lihat aksi mereka di peringkat seterusnya pula.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!