MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Challengers Series Musim 2, Pasukan Mana Ke Finale?

ai hyprgame
Kongsi
Challengers Series Musim 2, Pasukan Mana Ke Finale?

Peringkat Liga Free Fire Challengers Series Musim 2 kini telah sampai ke minggu 3 hari ke-2, minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum pasukan-pasukan yang layak akan mara ke peringkat Grand Final pada 30 dan 31 Julai 2022 ini. 

Mengikut sumber media sosial Garena Free Fire Malaysia, diantara kesemua pasukan daripada Malaysia, Filipina, Kemboja dan Sri Lanka, pasukan Malaysia terkini berada di kedudukan yang terbaik setakat ini.

No photo description available.
Kredit : Garena Free Fire

Keputusan telah pun keluar semalam yang menunjukkan kedudukan semasa pasukan-pasukan yang menyertai Liga Free Fire Challengers Series Musim Ke-2 ini. 

Untuk pengetahuan Prize Pool yang ditawarkan didalam liga ini adalah sebanyak USD30,000 yang akan direbut oleh pasukan-pasukan yang bertanding ini. 

Untuk pengetahuan, Free Fire Challengers Series Musim Ke-2 ini telah pun berlangsung selama 3 minggu iaitu bermula daripada 2 Julai sehingga 24 Julai 2022 

Kredit : Garena Free Fire

Kemudian seramai 18 pasukan akan merebut tempat di pusingan Grand Final pada setiap Sabtu dan Ahad.

Pasukan yang berjaya mara ke Grand Final pula akan bersaing dengan 12 lagi pasukan terbaik untuk merebut gelaran Juara Free Fire Challengers Series League Circuit Season 2 ini. 

Pasukan Geek Fam, Farang, Axis Esports, Todak, EWG, WatchNLearn, Noxscape, X-Men Akatsuki, ORV Esports, Orange Esports, dan Team Princess merupakan pasukan Malaysia yang berjaya bertanding di Peringkat Liga Free Fire Challengers Series Musim Ke-2 ini. 

Manakala pasukan yang berada dikedudukan teratas semasa Grand Final akan terus melayakkan diri mereka ke peringkat Liga Utama MCPS yang merangkumi Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka pada musim hadapan. 

May be an image of 1 person and text
Kredit : Garena Free Fire

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton secara langsung Peringkat Liga Free Fire Challenger Series Musim ke-2 yang akan berakhir tidak lama lagi ini dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan ganjaran menarik daripada Garena Free Fire.

Anda boleh menonton perlawanan di saluran media sosial Garena Free Fire seperti di Youtube rasmi Garena Free Fire. Adakah ada perubahan ranking hari ini? Pasukan manakah yang akan tersingkir dan yang akan meneruskan perjuangan mereka hingga ke Grand Final? Teruskan menyokong pasukan Malaysia!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *