MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sneak Peak Pasukan MPL MY S10

ai hyprgame
Kongsi
Sneak Peak Pasukan MPL MY S10

Setelah melalui pelbagai pusingan kelayakkan, kini 10 pasukan Mobile Legends Bang Bang MLBB MY, akan bertanding di MPL MY musim ke-10 bagi merebut gelaran juara kejohanan ini sekaligus menempah tiket ke M4!

Untuk pengetahuan anda, MPL MY S10 Qualifier telah pun diadakan pada 7 Julai 2022 dan berakhir 9 Julai 2022 baru-baru ini. 

Manakala kejohanan MPL MY S10 rasminya akan dijangka bermula pada Ogos sehingga Oktober 2022. Sehingga hari ini tarikh sebenar belum diumumkan lagi daripada mana-mana pihak berkaitan.

Walaubagaimanapun bahang semakin terasa apabila hari ini Mobile Legends Bang Bang telah pun mengumumkan secara rasminya akan 10 pasukan yang berebut menjadi raja MPL MY S10 pula. Hantaran itu telah pun dimuat naik melalui laman sosial rasmi milik MPL Malaysia. 

Kredit : Youtube MYGaming

Ayuh kita “Sneak Peak” 10 pasukan yang akan bertemu di MPL MY S10 ini. Untuk MPL MY S10 ini kita boleh lihat ada pasukan yang sentiasa konsisten berada di MPL MY berturut di musim lalu. 

Pasukan TODAK, Orange Esports, Suhaz Esports,Team Caracal, RED Esports, Team SMG,HomeBois, RSG Malaysia, Team Haq, Team Lunatix akan merebut gelaran Raja baharu Malaysia di MPL MY S10 tahun ini. 

Agak-agak anda sebagai peminat Mobile Legends Bang Bang MLBB, pasukan manakah yang mampu memenangi kejohanan ini kali ini? 

Apakah Raja Lautan kita iaitu pasukan Todak yang pernah ke finale MPL MY S7 dan MPL MY S8 dengan mendapat ranking 2nd place akan menjadi juara di MPL MY S10 ini ? Tambahan lagi mereka berjaya menjadi juara 1st place di MPL MY S9 yang lalu. 

Bagaimana pula dengan Orange Esports yang menjadi pendatang baharu di MSC 2022 lalu? Apakah mereka akan membalas dendam dengan membuktikan walaupun pendatang baharu didalam kejohanan besar seperti ini mereka mampu untuk menang? Atau mungkin Team Haq dan Team Lunatix (yang dulu dikenali sebagai Team Lemah) akan memberikan kejutan kepada veteran Mobile Legends Bang Bang MLBB? Teruskan mengikuti media sosial rasmi MPL Malaysia untuk maklumat dan berita terkini berkaitan MPL MY S10!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *