MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Blacklist Wakil PH di IESF Bali 2022!

ai hyprgame
Kongsi
Blacklist Wakil PH di IESF Bali 2022!

Akhirnya Blacklisted sekali lagi mengharumkan Filipina di arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang MLBB setelah berjaya mara ke IESF World Esports Championship Bali 2022 yang akan berlangsung di akhir tahun nanti.

Kredit : Blacklist International Twitter

Setakat ini Filipina telah pun memegang gelaran pasukan terkuat dunia e-sukan khususnya Mobile Legends Bang Bang setelah menjuarai kejohanan demi kejohanan termasuk kejohanan dunia. 

Malahan penyertaan pasukan Filipina di setiap tournament juga merupakan sesuatu yang membanggakan buat penggiat e-sukan Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Menurut sumber daripada AFK Gaming, pasukan Blacklisted International PH ini akan beraksi di Kejohanan Esports Dunia IESF Ke–14 yang akan bertempat di Bali, Indonesia. 

Pada pusingan kelayakan tersebut,  Blacklisted berjaya menumpaskan pasukan Euphoria Esports di pusingan semi final. Manakala pasukan MHRLK pula telah mengalahkan Echo Loud sehingga melayakkan diri mereka mara ke pusingan seterusnya.

Kredit : Youtube MLBB Daily Clips

Untuk pengetahuan, Venus dan rakan sepasukan berjaya memenangi pusingan tersebut dan menyertai IESF Sibol Combine bagi mewakili Filipina di Indonesia yang akan dipilih bersama pasukan Smart Omega.

Sayang sekali, IESF Sibol Combine memerlukan satu lagi pasukan, iaitu RSG PH, tetapi mereka memutuskan untuk tidak mengambil bahagian kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada MPL PH dan M4 yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

Kejohanan ini pastinya akan menjadi kejohanan terbaik dunia bukan sahaja pada pasukan Filipina, malahan juga kepada pasukan dan rakyat Indonesia yang menjadi tuan rumah kepada temasya ini. 

Setelah mengalami kegagalan dengan Filipina pada acara Sukan Sea 2021 yang lalu, pentas ini akan menjadi ruang menebus kekalahan pasukan Indonesia ketika itu. 

Jadi semua masih tertanya-tanya siapakah yang bakal merebut gelaran juara IESF 2022 nanti ? Saksikan IESF World Championship Bali 2022 akan diadakan pada 27 November 2022!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *