MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Yoodo Alliance Rumah Baharu Buat Jangs

ai hyprgame
Kongsi
Yoodo Alliance Rumah Baharu Buat Jangs

Setelah meninggalkan Bigetron Ra Indonesia, Jangs kini telah menjumpai pelabuhan baharunya, iaitu Yoodo Alliance.

Image
Kredit : WTMTODAY.MY

Jangs atau nama sebenarnya Muhammad Farhan Abdul Gafar merupakan bekas jurulatih pasukan PUBG Mobile terkenal Indonesia Bigetron RA. 

Perpindahan Jangs daripada pasukan BTR bukanlah perkara yang mudah kerana Jangs yang berasal daripada Malaysia sanggup berhijrah ke Indonesia demi pengalaman didalam arena PUBG Mobile ini.

Tetapi atas dasar tanggungjawab dan harapan tinggi daripada peminat PUBG Mobile khususnya rakyat Indonesia, menyebabkan beban itu terlalu berat setelah prestasi BTR tiada peningkatan kejohanan demi kejohanan. Akhirnya Jangs berhijrah semula ke Malaysia, dan membolehkan pasukan BTR berkembang semula dengan lineup yang baharu.

Perjalanan Jangs tidak terhenti setelah keluar daripada BTR kerana Jangs mempunyai banyak pengalaman sertai pencapaian di arena kompetetif PUBG Mobile ini.

Malahan Jangs juga terlihat menghadirkan diri menonton PMPL SEA Spring baru-baru ini demi memberikan semangat kepada pasukan yang bertanding. 

Nampaknya sudah agak lama kita tidak mendengarkan kisah tentang Jangs, tetapi Jangs sebenarnya sangat aktif di podcast dan bergabung dengan content creator yang juga ada antara mereka merupakan bekas pasukannya. 

Di video podcastnya Jangs sentiasa membincangkan tentang dunia PUBG Mobile bersama Influencer yang lain. 

Diantara pencapaian terbaik Jangs di arena PUBG Mobile ini ialah Ultimate Warriors Showdown 2021 serta mendapat tempat keempat di PMPL Indonesia Spring 2022. Malah, di PMPL SEA S4, Jangs pernah membawa nama BTR RA dengan menjadi naib juara. 

Kredit : YoodoMY

Kini Jangs secara rasminya telah menjadi jurulatih kepada Yoodo Alliance seperti yang telah dimuatnaik oleh hantaran media sosial rasmi pasukan Yoodo Alliance ini.

Selain Jangs, Yoodo Alliance telah bersedia dengan lineup baharu iaitu Repoboy, AdikLuq, Helton,  Luppy, Oliyo dan Syamil akan sama-sama mewarnai kejohanan musim ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *