MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Team Haq, Team Lemah Berjaya Dapat Slot MPL MY S10!

ai hyprgame
Kongsi
Team Haq, Team Lemah Berjaya Dapat Slot MPL MY S10!

Musim baharu dengan muka baharu, akhirnya Team Haq dan Team Lemah berjaya menempah slot mereka di MPL MY S10!

Kredit : Youtube MYGaming

Pusingan kelayakkan telah pun dilalui mereka, akhirnya Team Haq dan Team Lemah Mobile Legends Bang Bang membuktikan yang mereka mampu menjadi pesaing untuk MPL MY S10!

Jutaan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pendatang baharu iaitu Team Haq dan Team Lemah yang berjaya mengunci slot bagi pasukan mereka untuk menyertai MPL MY musim ke-10 ini. 

Selain melayakkan diri mereka menyertai regular season MPL MY S10, mereka juga berpeluang juga untuk melayakkan diri ke M4!

Kepada semua peminat MLBB, jangan lupa untuk terus memberikan komen positif sebagai semangat buat Team Haq dan Team Lemah di MPL MY S10 nanti. 

Ramai peminat mengatakan walaupun ramai pasukan yang menjadi pendatang baharu kepada MPL MY S10 ini, kesemua pasukan ini bukan biasa-biasa. Mereka sangat berbakat dan boleh bermain secara profesional di kejohanan besar seperti ini. 

Untuk pengetahun pasukan-pasukan ini pernah menyertai Mobile Legends Semi Pro Championship (MSPC) 2022 yang diadakan baru-baru ini. 

Dengan penyertaan Team Haq dan Team Lemah sebagai muka baharu MPL MY S10 akan menjadi peluang buat mereka untuk lebih berjaya di arena kompetetif MLBB ini. 

May be an image of 5 people and text
Kredit : Facebook Team Haq Esports Club

Nampaknya penantian mereka seperti Team Haq yang telah mencuba selama beberapa musim menemukan hasil apabila berjaya menempah tiket ke MPL MY S10 ini. 

May be an image of text
Kredit : Facebook Team Lemah

Semoga masa depan kedua pasukan ini gemilang di arena e-sukan Mobile Legends Bang Bang MLBB khususnya di Malaysia. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *