MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Selamat Datang Coach Yeb Dan Kairi !

ai hyprgame
Kongsi
Selamat Datang Coach Yeb Dan Kairi !

Setelah lama berteka-teki, dengan khabar angin yang silih berganti akhirnya impian untuk peminat Mobile Legends Bang Bang MLBB melihat pemain pertama Filipina menyertai Indonesia akhirnya menjadi realiti. Terkini Coach Yeb dan Kairi daripada Filipina telah rasminya menyertai divisi Onic Esports Indonesia bagi kejohanan musim baharu ini. 

Segera Gabung Tim Indonesia, Kairi Akan Pindah Ke ONIC ID - Mobile Legends
Kredit : Purwakarta News

Bukan mudah untuk membuat keputusan berhijrah diluar negara dan jauh daripada keluarga. Inilah juga yang dihadapi oleh Kairi setelah membuat keputusan untuk menyertai Onic Esports ID bagi musim baharu ini. 

Kredit : Twitter Onic PH

Onic PH telah pun memuat naik satu hantaran di akaun media sosial rasmi milik mereka dengan mengumumkan bahawa Kairi telah rasmi berpindah ke Indonesia dan menyertai pasukan Onic Esports Indonesia. 

Kairi Ygnacio Rayosdelsol atau lebih dikenali sebagai Kairi didalam arena kompetetif Mobile Legends Bang Bang Filipina ini sebelum ini bermain bagi pasukan Onic PH. Dia pernah berjuang bersama Onic PH menyertai pelbagai kejohanan selama beberapa musim dan itu merupakan antara pencapaian terbaik Kairi. 

Kredit : Youtube CHO TV

Jungler terhebat ini ini telah menjadi pemain pertama Filipina yang berhijrah ke Indonesia bagi divisi Onic Esports ID. Dia ingin memulakan lembaran baru bagi kariernya didalam bidang e-sukan MLBB ini. 

Seperti umum ketahui, Onic Esports ID merupakan pasukan terkuat di Indonesia saat ini mempunyai line up yang terdiri daripada Sanz, Butsss, Drian, CW, Kiboy sebagai pasukan utama. 

Untuk pengetahuan, pasukan ini telah meraih beberapa pencapaian, dengan menjadi juara MPL ID musim ke-8 dan runner up MPL ID musim ke- 9. Malahan pasukan ini juga telah mewakili Indonesia bersama RRQ di acara MSC 2022 baru-baru ini.

Selain faktor kekuatan Onic ID yang menyebabkan Kairi berminat menyertai mereka, faktor gaji juga dikhabarkan mempengaruhi perpindahan Kairi ke Indonesia. Ini kerana dikatakan gaji pemain di Indonesia adalah lebih tinggi berbanding di Filipina.

Walaubagaimanapun, Kairi menekankan yang faktor-faktor tersebut bukan penyebab utama kenapa dia berpindah. Tetapi kerana ada susuk seorang jurulatih hebat Coach Yeb yang juga akan menyertai Onic ID telah membuatkan dia ingin berjuang bersama-sama di Indonesia. 

Kredit : Twitter Onic PH

Selain Kairi, Coach Yeb atau nama sebenarnya Paul Denver Lintag Miranda juga akan memulakan perjalanan baru bagi musim ini bersama Onic Esports Indonesia.

May be an image of 11 people, people standing and indoor
Kredit : Facebook Onic Esports

Coach Yeb juga merupakan bekas jurulatih kepada pasukan terdahulunya Onic PH. Semoga dengan kehadiran Kairi dan Coach Yeb akan merancakkan aksi Onic ID bagi kejohanan yang akan datang ini sekaligus memeriahkan scene MLBB. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *