MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Uhigh Rasmi Menyertai Geekfam

ai hyprgame
Kongsi
Uhigh Rasmi Menyertai Geekfam

Bigetron RA semalam telah memuatnaik satu hantaran di Instagram rasmi mereka berhubung kenyataan rasmi tentang perpindahan Uhigh ke pasukan Geekfam. Adakah penyertaan Uhigh semula bakal menyemarakkan lagi Geekfam pada musim ini? 

Kredit : Twitter Bigetron RA

Muhammad Dhiya Ulhaq atau lebih dikenali sebagai “uHigh” merupakan pemain profesional PUBG Mobile Malaysia yang pernah bermain bagi pasukan negara seberang iaitu Bigetron RA.

Terkini Uhigh telah menyertai pasukan Geekfam Malaysia untuk kejohanan musim baru ini. Walaubagaimanapun Uhigh dikhabarkan menjadi pemain yang berstatus pinjaman daripada pasukan Bigetron RA ke Geekfam.

Adakah PMPL MY/SG/PH Fall musim ini akan lebih sengit dengan kehadiran Uhigh didalam pasukan Geekfam? Kita tunggu dan lihat nanti ya. 

Rata-rata netizen mengatakan yang Naib Juara PMPL Asia Tenggara musim keempat ini cukup terkenal dengan kekuatan firepower dan corak permainan yang agresif.

May be an image of 1 person and text
Kredit : PUBG Mobile Esports Malaysia

Untuk pengetahuan, selain Uhigh, Mica yang merupakan bekas pemain pasukan Axis Redone juga telah diserap masuk menjadi sebahagian daripada Geekfam. 

Walaupun prestasinya tidak begitu memuaskan ketika bersama Axis Redone. Mica juga merupakan seorang pemain yang hebat didalam arena kompetetif PUBG Mobile ini.

Selain Bigetron RA yang memberikan kenyataan rasmi berhubung perpindahan pasukan ini. Pasukan Geekfam juga tidak terlepas memberikan kenyataan rasmi mengenai lineup rasmi Geekfam pada musim ini. 

Selepas beberapa ketika dengan khabar angin, akhirnya impian peminat PUBG Mobile melihat Uhigh kembali ke Malaysia menjadi kenyatan.

Sehingga ada yang meneka Uhigh akan ke Genexus bersama BiuBiu semula, tetapi sangkaan peminat tidak tepat kerana Uhigh akhirnya ke Geekfam.

Sebelum ini Uhigh tidak berada di posisi pemain utama ketika bersama pasukan Bigetron RA.

Hal ini telah menyebabkab peminat PUBG Mobile khususnya di Malaysia tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku sebenarnya. 

Tetapi kini selepas setahun berjuang bersana Bigetron RA selama setahun, segalanya sudah terjawab apabila dia telah kembali pulang ke Malaysia untuk menyertai Geefam MY. 

Farewell daripada Bigetron RA dan Indonesia, Welcoming daripada Geekfam dan Malaysia! 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *