MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

Kolaborasi Dengan Star Wars Dan Phase Baharu

ai hyprgame
Kongsi
Kolaborasi Dengan Star Wars Dan Phase Baharu

Mobile Legends Bang Bang MLBB sekali lagi akan berkolaborasi dengan siri sains fiksi Star Wars bagi kemunculan skin baru yang belum ada pada permainan sebelum ini. Malahan akan ada dua fasa (phase) kepada kolaborasi ini dimana akan berlangsung pada 23 Julai 2022, dan phase kedua pada 6 Ogos 2022 ini. 

Kolaborasi Mobile Legends Bang Bang MLBB bersama Star Wars ini bukan sahaja akan menawarkan skin epik terbaru, malahan pelbagai ganjaran menarik juga akan dinikmati oleh pengguna Mobile Legends Bang Bang MLBB nanti.

Untuk pengetahuan, MLBB kali ini akan melancarkan Skin Kimmy yang diberi nama Storm Trooper mengikut latarbelakang Star Wars sebagai siri sains fiksi epik. Ini merupakan edisi terbaru Star Wars. 

Storm Troopers adalah signature charater kepada Star Wars yang juga merupakan pasukan khusus Darth Vader.

Seperti event yang lalu, kali ini Mobile Legends Bang Bang MLBB akan memberikan tiket percuma kepada pengguna MLBB.

Pass atau tiket percuma acara kolaborasi ini akan membolehhkan para penggemar MLBB untuk mendapatkan Skin baru Storm Trooper tersebut. 

Kredit : Daily Spin ID

Ini merupakan pass khas bagi event phase 1 yang akan bermula daripada 23 Julai 2022 sehingga 26 Julai 2022. Sebanyak 15 token yang ditawarkan pada phase 1 MLBB X Star Wars ini. 

Kelebihan pass ini akan membolehkan pemain untuk membelanjakan berlian mereka bagi mendapatkan item ataupun skin. 

Pemain juga akan berpeluang mendapatkan skin yang sangat terhad untuk dimiliki sebelum ini seperti  Leomord’s  “Inferno Soul” skin, Alpha’s Epic Skin, Claude’s “Mecha Dragon” skin, dan banyak lagi. 

Malahan, Recall effect, Elimination effect, special emotes dan banyak lagi item eksklusif yang lain akan ada pada event ini. 

Kredit : Youtube Erixus

Fasa pertama kolaborasi Mobile Legends Bang Bang MLBB dan Star Wars telah menampilkan skin  Star Wars yang lain seperti Cyclops “Master Yoda” dan Argus “Darth Vader” di Mobile Legends.

Kemudian diikuti dengan Fasa kedua kolaborasi ini dengan skin Alucard’s “Obi-Wan Kenobi” telah dikeluarkan 6 bulan yang lalu.

Akhirnya, kolaborasi Julai 2022 ini akan memberikan pengalaman dan tawaran yang lebih gempak kepada penggemar MLBB. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *