MEMUAT

Taip untuk mencari

Genshin Impact 3.0 Skill Baharu Dendro Traveler

ai hyprgame
Kongsi
Genshin Impact 3.0 Skill Baharu Dendro Traveler

Terkini Genshin Impact 3.0 telah mendedahkan pembaharuan kepada Skill dan Keupayaan Dendro Traveler yang sudah di upgrade! Look terbaharu Dendro Traveler ini akan memberikan elemen yang lebih hebat dari segi damage, skill dan lain-lain lagi. 

Kredit : Youtube Hero Kun

Dendro Traveler mempunyai kit unik, kerana mereka akan dapat menyebarkan objek yang bertindak balas dengan elemen berbeza untuk menangani damage secara automatik. 

Malahan, objek ini akan mendapat pelbagai kesan berdasarkan elemen apa yang diselitkan, bermakna pemain mempunyai pelbagai pilihan dalam pertempuran.

Kredit : Twitter Ralvinty

Antara elemen yang bertindak balas dengan Dendro Traveler ini ialah Pyro akan menyebabkan objek tersebut meletup didalam AOE Damage

Selain itu Hydro pula akan meningkatkan jarak serangan objek tersebut. Manakala Electro akan meningkatkan kelajuan serangan objek.

Kredit : Twitter @smthsmthdendro

Menerusi kombinasi traversal ability dan juga damage daripada Dendro Traveler ini, penggemar Genshin Impact yang telah menunggu lama edisi ini merasa teruja.

Sudah tentu pemain inginkan DendrO Traveler ini memberikan kelebihan kepada pertempuran mereka. 

Genshin Impact 3.0 ini akan memberikan lebih banyak kandungan yang menarik kepada penggemar permainan ini. Karakter baharu ini sudah lama dinantikan oleh penggemar selepas menunggu 2 tahun. 

Kekuatan dan keunikkan karakter ini dimana kemampuan untuk “summon of turret” mempunyai persamaan dengan “Lisa Elemental Burst”

Pemain akan boleh mendapatkan (unlock) Dendro Traveler ini apabila mereka memasuki sumeru kerana berjaya mendapatkan kuasa melalui Statue Of The Seven. 

Selain skill, kuasa yang ditunjukkan, hasil grafik karakter-karakter ini juga terlihat kemas, dan hebat.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *