MEMUAT

Taip untuk mencari

Pasukan MY Dota 2 Wanita Target Pingat Emas, Sukan Komanwel 2022

ai hyprgame
Kongsi
Pasukan MY Dota 2 Wanita Target Pingat Emas, Sukan Komanwel 2022

Sukan Komanwel 2022 akan menyusul tidak lama lagi, dan e-sukan kali ini akan dipertandingkan didalam temasya gilang-gemilang ini. Ini merupakan kali pertama e-sukan terbabit didalam Sukan Komanwel 2022 dan skuad e-sukan negara sudah tidak sabar untuk berentap di temasya ini.

Menurut sumber sea.ign.com, salah satunya adalah pasukan Malaysia wanita menerusi permainan Dota 2, dimana mereka mempunyai target untuk meraih Pingat Emas buat Malaysia pada temasya tersebut

Birmingham 2022 Commonwealth Games logo.png
Kredit : Wikipedia

Untuk pengetahuan anda, Dota 2 merupakan salah satu e-sukan “multiplayer” pertempuran maya yang paling popular didunia dan kini dipertandingkan di Sukan Komanwel 2022. 

Baru-baru ini, Persekutuan Esports Global telah pun menganjurkan kejohanan kelayakan bagi kategori Dota 2 wanita dimana kejohanan ini diadakan untuk memilih pasukan yang terbaik mewakili negara masing-masing di Sukan Komanwel 2022 nanti.

Menerusi pertandingan tersebut, Pasukan Dota 2 wanita Malaysia telah berjaya mengambil satu slot di Sukan Komanwel 2022 buat pasukan mereka usai mereka menumpaskan Singapura dan Sri Lanka pada kelayakan Asia Tenggara atau Asia Selatan.

Kredit : sea.ign.com

Pasukan Malaysia Dota 2 kategori wanita yang terdiri daripada Auroraa sebagai kapten, Nada, Timu, Istarx dan Shizuma telah berjaya membawa nama mereka khususnya mewakili negara Malaysia bagi Kejohanan Sukan Komanwel yang akan berlangsung di Birmingham 2022.

Bagi pasukan ini, mereka menyatakan yang bukan mudah menjadi pasukan Wanita didalam arena e-sukan ini. Pelbagai cabaran harus ditempuhi, fokus dan masa mesti seiring dengan misi untuk mengekalkan momentun ketika perlawanan.

Ketika ditemubual oleh salah satu media terkenal negara, pasukan ini menyifatkan yang mereka sudah lama berimpian untuk mewakili negara (Malaysia) dengan menyertai acara ini, inilah peluang untuk menjadikan impian mereka menjadi kenyataan

Tambahan lagi walaupun mereka tidak bertemu dengan ahli pasukan yang lain dalam jangka masa yang agak lama, kami sentiasa mengalukan kedatangan mereka menyertai pasukan kami semula.

Kredit : Berita RTM

Dikatakan kesemua ahli pasukan ini pernah berada didalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Grills Gaming dan ini menjadi penyebab mereka untuk tidak terlalu risau tentang keserasian didalam pasukan ketika pertempuran nanti.

Kredit : Facebook Grills Gaming

Tahniah kepada pasukan Dota 2 wanita Malaysia ini kerana telah berjaya membawa nama Malaysia ke persada Komanwel 2022. Semoga misi dan target mereka untuk mendapatkan Pingat Emas berjaya!

Harapan Malaysia supaya kategori atau industri esukan ini akan berada sebaris dengan sukan fizikal yang lain. Semoga akan ramai yang membuka mata tentang kehebatan e-sukan dimata dunia. Kerana e-sukan di Malaysia masih lagi kurang terkenal, malahan e-sukan kategori wanita juga masih kurang dikenali oleh komuniti.

Kerana hanya dengan cara ini sahaja e-sukan akan diberikan kelebihan seperti sukan yang lain. Jika tiada sokongan daripada orang sekeliling terutamanya pihak berwajib, maka e-sukan akan mengalami kegagalan untuk menempa nama seperti sukan yang lain. Ruang dan peluang harus diberikan kepada atlet e-sukan negara kerana kita boleh lihat sudah ramai atlet atau pemain e-sukan yang berbakat. Oleh itu bakat ini tidak haruslah disia-siakan.

Selain itu, menyentuh pula tentang latihan mereka, ketika ditemubual oleh My Game On, pasukan Dota 2 Wanita Malaysia ini ada menyatakan yang mereka berlatih 4-5 jam sehari, termasuk melihat perlawanan lepas yang berada di ranked tertinggi. Malahan juga berlatih dengan bertarung sesama mereka didalam permainan ini supaya dapat memberikan keserasian kepada pasukan ini kelak ketika Kejohanan Komanwel berlangsung nanti.

Semoga latihan dan tunjuk ajar daripada jurulatih, semangat berpasukan serta komunikasi yang baik ini dapat memberikan hasil yang lumayan buat pasukan Dota 2 Wanita ini.

Selain Dota 2, pastinya pelbagai kategori sukan atau esukan lain akan dipertandingkan, dan diharapkan kemeriahan Komanwel nanti akan memberikan semangat kepada atlet negara ini menang. Good Luck!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *