MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pemain RSG MY Sedia Untuk Open Transfer

ai hyprgame
Kongsi
Pemain RSG MY Sedia Untuk Open Transfer

Terkini pasukan RSG Malaysia bagi divisi Mobile Legends Bang Bang MLBB telah sah melepaskan pemain mereka untuk memulakan lembaran baharu bagi karier masing-masing. Pemain RSG MY iaitu Akim, TikTok, Fenrir dan Zacus kini sudah rasminya tidak bersama dengan RSG MY lagi dan bersedia untuk menyertai mana-mana pasukan lain yang berpotensi bagi arena MLBB untuk kejohanan musim yang akan datang. 

Kredit : Instagram RSG.Malaysia

Menerusi hantaran Instagram rasmi milik RSG MY, mereka telah memberikan kenyataan yang pemain-pemain ini akan dilepaskan dan bebas untuk membawa haluan masing-masing. 

Kata RSG MY, Perubahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana  disebalik setiap perjuangan yang tidak pernah berakhir ini didalam pasukan kami telah melalui pelbagai pencapaian yang membanggakan.

Walau sehebat manapun sesebuah pasukan itu, kita perlu memberi ruang untuk perubahan nak penambahbaikkan supaya pasukan lebih berdaya saing dan stabil dengan momentunnya.

“ Akimmm, Fenrir, Zacus dan TikTok untuk senarai “Open Transfer” . – RSG MY

Walaupun hal ini berat buat pasukan RSG MY, perubahan adalah sesuatu yang baru, dan ia merupakan langkah yang positif. Harapan RSG MY agar kenangan yang mereka lalui bersama, kekal abadi dan bergema selamanya! Semoga berjaya pada masa hadapan!

Untuk pengetahuan, pasukan RSG Malaysia sebelum ini pernah menyertai MPL MY Musim Ke-9 dan sempat beraksi pada musim tersebut.

Sebelum ini Zacus dan Fenrir kedua-duanya merupakan roamer kepada pasukan RSG MY. Kini mereka tidak lagi bersama RSG MY bagi meneruskan perjuangan bersama pasukan ini. Adakah akan ada Roamer baru yang menjadi pendatang baru buat RSG MY ? kita tunggu dan lihat nanti ya.  

Malahan ada juga peminat RSG MY yang telah mencadangkan line up RSG MY setelah terjadinya perpindahan pemain pasukan RSG MY ini. Dimana mereka mencadangkan supaya mortalalala/iris berperanan sebagai EXP,  kuza sebagai Jungler, Izanami sebagai Midlane, dan Lolealz sebagai Gold Lane. Jadi cuma tinggal Roamer baru RSG MY belum lagi dapat kita jangka. 

Harapan peminat RSG MY bagi divisi Mobile Legends Bang Bang MLBB hampir menjadi kenyataan kerana pihak RSG MY juga ada memberikan tanda yang akan ada muka baharu didalam pasukan mereka kelak bagi menggantikan pemain yang telah berpindah (open transfer). 

Walaubagaimanapun, segala keputusan rasmi tentang lineup baru RSG MY belum lagi dinyatakan. Kami mengharapkan yang terbaik buat RSG MY dan menghormati keputusan mereka.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *