MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

SabeRLight Senaraikan Top 3 Offlaner Pilihannya

ai hyprgame
Kongsi
SabeRLight Senaraikan Top 3 Offlaner Pilihannya

Offlaner baharu Shopify Rebellion iaitu Jonáš Volek atau juga dikenali sebagai
SabeRLight didalam dunia esukan kompetetif Dota 2 baru-baru ini berkongsi tentang Top 3 di posisi Offlane dunia Dota 2 ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi penstriman langsung (livestream) SabeRLight sendiri baru-baru ini. Melihat daripada musim yang begitu memberangsangkan buat pasukan TSM di tahun 2022 ini, SabeRLight mengambil langkah berani meninggalkan organisasi ini demi beraksi didalam pasukan Kanada iaitu Shopify Rebellion sekaligus meneroka peluang baharu bersama divisi tersebut.

Selain SabeRLight, Pasukan Shopify Rebellion juga telah menyerap bekas Roster Evil Geniuses yang terdiri daripada
Artour Babaev (Arteezy), Abed Azel L. Yusop (Abed), Andreas Franck Nielsen (Cr1t-), Dan juga Tal Aizik (Fly) didalam divisi ini.

Kredit : Liquipedia

Sepanjang musim yang lalu, SabeRLight telah menyenaraikan duo terhebat dunia Dota 2 iaitu Magomed Khalilov (Collapse), Dan Neta Shapira (33) sebagai pemain Offlaner terbaik dunia.

Kredit : Liquipedia

Selain duo ini, Zai juga disifatkan sebagai Offlaner terbaik disenaraikan SabeRLight. SabeRLight tidak menyatakan sebab sebenar kepada penonton tentang kenapa ketiga-tiga bintang Dota 2 ini adalah Offlaner terbaik, Sebaliknya menekankan secara ringkas yang mereka bertiga adalah tertinggi didalam senarai pilihannya

Kredit : Jaxon GG

Collapse dan 33 masing-masing telah membuktikan diri mereka untuk menjadi Offlaner terbaik dunia dengan memenangi The International 2021 dan 2022. Manakala Zai atau nama sebenarnya Ludwig Eric Wåhlberg pula sentiasa konsisten setiap kali beraksi bersama mana-mana pasukan yang dia sertai sepanjang perjalanan kariernya sebagai pemain esukan kompetetif ini

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *