MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Sedia Dengan Map Battleground Baru !

ai hyprgame
Kongsi
Sedia Dengan Map Battleground Baru !

Kalian dah bersedia dengan Map baru PUBG Mobile? Deston sebelum ini dikenali dengan nama lain iaitu KIKI yang telah di set kan menjadi peta ke-9 dalam permainan ini. Terkini kita mendapat perkhabaran yang Deston Map ini akan dilancarkan dalam masa terdekat ini. 

Satu trailer di Youtube dan social media yang lain sedang sibuk berbual tentang Deston map ini setelah tular baru-baru ini.

Kredit : Youtube The Help Tube

Ini merupakan salah satu kemajuan yang terdapat didalam permainan Krafton ini apabila mampu mewujudkan map ini bagi PUBG Mobile.

Deston telah menjadi patch terkini iaitu Patch 18.2 yang mempunyai keupayaan serta kekuatan bagi memberikan pengalaman yang hebat kepada pemain PUBG Mobile.

Seperti yang digembar-gemburkan, Deston akan menjadi satu penambahbaikkan kepada permainan PUBG Mobile dengan map pool 8×8 yang dilengkapi dengan pencakar langit, tanah paya, kereta bawah tanah dan juga bangunan bawah air. 

Krafton akan Rilis Map Baru pada Pertengahan Tahun 2022
Kredit : Main-Main ID

Nampaknya pada tahun 2022 ini, pemain PUBG Mobile akan disajikan dengan pelbagi lokasi, samaada yang bermula daripada makmal bawah tanah misteri sehinggakan ke pencakar langit.

Lokasi tanah paya atau lantaian yang berbeza juga akan nampak sempurna dengan kereta bawah tanah yang juga akan melalui bangunan bawah air. 

Ini merupakan kali pertama PUBG bereskprimentasi dengan pembinaan bangunan tinggi seperti pencakar langit ini dalam permainannya. 

Setakat ini belum lagi ada pengumuman tentang tarikh sebenar Deston map itu akan dilancarkan. Walaunbagaimanapun pihak Krafton tetap akan melancarkan Deston map tersebut dalam masa terdekat tahun 2022 ini. 

Deston map ini akan menghadiahkan pemain dengan pelbagai cabaran, halangan dan rintangan yang berbeza ketika pertempuran.

Pemain akan dapat mengembara dengan lebih dalam lagi ke kawasan baru di battleground ini. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *