MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Honor Of Kings Akan Lancar Secara Global Pula

ai hyprgame
Kongsi
Honor Of Kings Akan Lancar Secara Global Pula

Terkini, Level Infinite sebuah syarikat yang mengembangkan Arena Of Valor telah membuat pengumuman yang Honor Of Kings akan dilancarkan secara global pada hujung tahun 2022 ini. 

Kredit : Youtube VY Gaming

Honor Of Kings merupakan permainan berkonsepkan open-world action RPG akan dikeluarkan diseluruh dunia menerusi pelbagai platform yang berbeza. 

Kredit : Twitter Honor of Kings (HoK) Global News & Updates

Permainan ini sangat popular di negara China kerana mendapat sambutan ramai sehinggakan menjadi punca terbesar kepada keuntungan syarikat berkenaan.

The Honor of Kings global release is coming soon - JeuMobi.com
Kredit : JeuMobi.com

Berinspirasikan League of Legends yang merupakan permainan PC, Honor Of Kings merupakan permainan yang berkonsepkan quick-match mobile multiplayer and online battle arena (MOBA).

Dengan lebih 100 juta pemain setiap hari, Honor Of Kings yang dibangunkan oleh TiMi Studios, dimana mereka merupakan anak syarikat kepada Tencent Games akan dilancarkan pula oleh Level Infinite.

Tencent once more seeks to expand its mobile hit Honor of Kings globally |  TechCrunch
Kredit : TechCrunch

Perkara ini juga telah disahkan melalui hantaran di Twitter rasmi mereka dimana pelancaran ini akan diadakan pada tahun ini juga (2022)

Jadi bukan komuniti di China sahaja boleh akses Honor Of Kings, malahan di seluruh dunia khususnya bagi penggemar video game online di Malaysia.

Kredit : Level Infinite

“Rolled out by the end of this year.” – Level Infinite

Malahan, META BETA test juga akan dilancarkan bermula July 2022 ini. Pastinya ramai yang sudah tidak sabar menantikan kehadiran Honor Of Kings di Malaysia. 

Seperti permainan peranti mudah alih yang lain, Honor Of Kings juga mempunyai ciri-ciri khas yang setara dengan MOBA game dimana pemain boleh mengawal karakternya dengan kebolehan unik dan kemampuan bagi menumpaskan lawan mereka.

Kepelbagaian Damage seperti Physical Damage, Magical Damage, Critical Damage dan Real Damage akan merangkumi Honors Of Kings ini. 

Walaubagaimanapun, terdapat juga pemain yang tidak bersetuju dengan pelancaran Honor Of Kings secara global kerana Arena Of Valor yang juga dimiliki Tencent  terpaksa bersaing sengit dengan permainan ini pula. 

Ini kerana Arena Of Valor telah mempunyai perancangan kepada pembangunan e-sukan mereka, tetapi kerana kemunculan Honor Of Kings sukar untuk AOV menjangkakan apa yang akan terjadi kepada pelan e-sukan mereka itu kelak. 

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *