MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

5 Siri E-sukan Buat Kaki Game Tonton!

ai hyprgame
Kongsi
5 Siri E-sukan Buat Kaki Game Tonton!

Pernah tak kalian tonton cerita, drama mahupun filem yang berlatarbelakangkan e-sukan? Tahukah kalian yang di negara ini sudah ada siri drama yang berkonsepkan e-sukan? Jika anda seorang penggemar permainan online artikel ini pasti membantu anda. Jadi hari ini kami kongsikan 5 siri drama terbaik yang anda boleh tonton menerusi aplikasi Netflix mahupun perkhidmatan aplikasi streaming yang lain. 

Seperti industri e-sukan, industri perfileman dan penyiaran juga tidak kurrang hebatnya dalam menyajikan kisah-kisah menarik sebagai tontonan masyarakat.

Walaubagaimanapun industri penyiaraan seperti drama juga kini ingin cuba sesuatu yang baru demi menarik minat kaki game di luar sana.

Jadi tumpuan siri drama tidaklah hanya tertumpu kepada latarbelakang komedi, tragedi, komedi tragik atau melodrama semata-mata. Malahan konsep drama e-sukan juga sudah mula galak dipertontonkan.  

Is 'Love O2O' on Netflix? Where to Watch the Series - NewOnNetflix.info
Kredit : New On Netflix

Love O2O merupakan drama yang disiarkan pada tahun 2016, dimana ianya mengisahkan tentang seorang pelajar komputer sains Xiao Nai yang sangat popular disekolahnya yang telah menjadi CEO di sebuah syarikat permainan video. Dia kemudiannya bertemu dengan Bei Wei Wei, seorang pelajar perempuan yang sangat cantik, dan juga seorang pelajar komputer sains.

CROSS FIRE: A Gaming/E-sport Drama Everyone Can Enjoy - MyDramaList
Kredit : My Drama List

Cross Fire pula menceritakah kisah 2 orang pemain yang bersahabat baik dalam permainan video Cross Fire. Xiao Feng dan Lu Xiao Bei tinggal di era yang berbeza dan dengan kuasa luar biasa mereka dapat berkomunikasi dan bermain bersama merentas ruang masa. 

Falling Into Your Smile (2021) - MyDramaList
Kredit : My Drama List

Falling Into Your Smile, merupakan drama yang beradaptasi daripada sebuah novel iaitu You’re Beautiful When You Smile. Ianya menceritakan tentang pasukan e-sukan ZGDX di OPL (Onmyoji Premier League) yang selalunya didominasikan lelaki.

Kredit : VIKI Global TV

Beyond Light Years pula mengisahkan tentang Lu Yu Chen yang mempunyai IQ pintar dan genius. Pelajar ini mampu menyelesaikan pelbagai perkara yang berkaitan dengan permainan video melalui analisisnya. 

Kredit : Youtube Tencent Video

The Kings Avatar merupakan siri drama yang berasal daripada komik dan anime, mengisahkan tentang pemain bernama Yei Xiu. Yei Xiu merupakan pemain no. 1 profesional dibuang tanpa alasan munasabah. Berlatarbelakangkan elemen Games Of Glory iaitu permainan sci-fi MOBA drama ini pasti akan membuatkan anda berada didepan skrin dalam jangka masa yang lama. 

Inilah antara 5 siri drama terbaik yang sempat kami kongsikan. Jika anda siri drama lain yang juga mempunyai genre e-sukan. Apa kata anda kongsikan lagi dengan kami ya. Selamat menonton!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *