MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Free Fire Bongkar Logo Baru Dengan Permainan Menakjubkan

ai hyprgame
Kongsi
Garena and FreeFire Mania

Setelah melihat peningkatan demi peningkatan pada permainan game survival shooter terkenal Free Fire, terkini logo baru akan dilancarkan bagi menyesuaikan dengan  pengalaman permainan yang hebat dan mengujakan. 

Simbol pisau merupakan simbol klasik kepada logo Free Fire masih dikekalkan, cuma keseluruhan rupanya akan terlihat lebih moden dan elegan dimana ianya mampu menarik minat komuniti global menyertai Free Fire.

Bukan sahaja logo yang telah di upgrade, malahan kekuatan sistem serta identiti tema permainan juga telah menjadi evolusi yang dinamik.

Free Fire is a mobile game that most popular. The game was quite enjoyable given the competitive element.
Kredit : Game News 24

Mengangkat tema “battle in style.” ianya juga selaras dengan konsep yang berjiwa muda (youthful) dengan “free-spirited” berkesesuaian dengan gaya identiti pemain Free Fire masing-masing.

“ sokongan yang diberikan daripada komuniti Free Fire menjadi faktor kepada perubahan kami untuk membawa permainan ini kepada penjenamaan yang lebih baik. Harapan kami dengan penciptaan logo baru ini dapatlah memberikan gaya khas, keunikan dan pengalaman yang luar biasa kepada pemain.” – Harold Teo, Producer Garena Free Fire.

Tambahan lagi pemain akan menikmati pelbagai fungsi updats dan grafik yang menyeronokkan nanti.

Akira Kobayashi
Kredit : Red Dot Design Award

In-Game visual akan ditingkatkan dengan penambahan permainan yang mengasyikkan.Pereka grafik terkenal Akira Kobayshi, juga turut serta dalam merekacipta grafik dan logo Garena Free Fire.  Ianya lebih realistik dan tajam bagi memberikan kepuasan kepada pemain.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *