MEMUAT

Taip untuk mencari

MYTA Esports Tournament 3.0, Peluang Cungkil Bakat

ai hyprgame
Kongsi
MYTA Esports Tournament 3.0, Peluang Cungkil Bakat

Anda penggemar arena kompetetif esukan PUBG Mobile dan Mobile Legends Bang Bang MLBB? Ingin mencungkil bakat anda dalam arena esukan Malaysia? Jom sertai MYTA Esports Tournament 3.0 bagi divisi PUBG Mobile dan MLBB yang akan berlangsung pada 17 sehingga 19 Jun 2022.

Portal Permainan Video dan Sukan Elektronik Malaysia | MyGameOn
Kredit : My Game On

Mara Youth Tourism Association atau lebih dikenali sebagai MYTA didalam organisasi esukan Malaysia akan mengadakan Myta Esports Tournament 3.0 bagi divisi PUBG Mobile dan juga Mobile Legends Bang Bang MLBB.

Riot Games sues Mobile Legends: Bang Bang for plagiarism—again - Dot Esports
Kredit : Dot Esports

Persatuan Pelancongan Belia Mara atau Mara Youth Tourism Association (MYTA) ini telah bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi menggalakkan pertumbuhan esukan yang berdaya saing di Malaysia.

Kredit : Instagram MYTA

Kini MYTA menyahut cabaran tersebut dengan mengadakan MYTA Esports Tournament buat kali yang ke-3 sepanjang menganjurkan acara esukan di Malaysia.

Acara ini dijangka alkan berlangsung pada 17 sehingga 19 Jun 2022 dan iainya terbuka kepada semua orang awam yang ingin menggilap bakat dalam arean kompetetif esukan ini.

Kredit : Instagram MYTA

Bagi penyertaan dalam pertandingan Mobile Legends Bang Bang MLBB yuran pendaftaran adalah sebanyak RM30. Manakal untuk penyertaan PUBG Mobile pula ada sebanyak RM25.

Kredit : Youtube PUBG Mobile

Harus diingatkan yang tarikh penyertaan adalah sehingga 15 Jun 2022 ini sahaja. Jangan terlepas peluang untuk memenangi hadiah wang tunai kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga yang masing-masing bernilai RM200, RM150, dan RM100.

Kredit : Youtube MLBB

Untuk sebarang pertanyaan mahupun maklumat lanjut berkaitan dengan penyertaan MYTA Esports Tournament 3.0 ini, anda boleh melayari lama sosial Instagram @MYTAUITM dan ikuti arahan selanjutnya.

MYTA Esports Tournament 3.0, Peluang Cungkil Bakat
Kredit : Facebook Warga J

Untuk pengetahuan, pautan untuk mengisi borang dan whatsapp penyertaan juga boleh dilihat melalui hantaran Facebook Warga J. Jadi jangan lepaskan peluang dan sertailah sekarang !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *