MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Pengalaman Permainan Maya Hebat Di SEM9 Senai Hotel

ai hyprgame
Kongsi
Pengalaman Permainan Maya Hebat Di SEM9 Senai Hotel

Berita baik untuk kaki permainan online di luar sana, SEM9 telah membuka hotel pertama di Aisa Tenggara yang berkonsepkan esukan di Senai Johor. SEM9 Senai Hotel telah dirasmikan sejak 28 Mei 2022, dan telah membuka pintunya buat semua peminat esukan khususnya di Malaysia.

Kredit : SEAGM

Selain itu dengan hospitaliti yang lengkap dan eksklusif seperti hotel ternama yang lain, SEM9 Hotel juga tidak hanya terbuka kepada kaki game di luar sana, malahan juga kepada pelanggan yang bukan berlatarbelakangkan esukan. Ini membolehkan mereka untuk melihat sendiri dengan lebih dekat mengenai esukan dalam negara

Kredit : SEAGM

Ini merupakan pendekatan yang baik buat industri esukan apabila fungsi penubuhan SEM9 Senai Hotel ini mampu memperkenalkan esukan di mata dunia terutamanya di Malaysia.

Kredit : SEAGM

Bertempat di Senai Johor, hotel ini juga cuma 3 minit berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Disamping itu hotel ini lengkap dengan 122 bilik termasuk bilik yang bukan jenis permainan maya (non gaming rooms).

Pengalaman Permainan Maya Hebat Di SEM9 Senai Hotel
Kredit : SEAGM

Pengguna boleh menggunakan pelbagai kelengkapan permainan online yang disediakan di hotel ini seperti Gaming PC dengan NVIDIA RTX 3060 GPU, Playstation 5, Dualsense Wireless Controllers dan lain-lain lagi.

SEM9 Hotel In Senai With E-Sports Theme As The Interior Design
Kredit : Siakap Keli

Anda juga boleh menikmati lebih 500 permainan PC seperti Fortnite, Genshin Impact, Counter-Strike: Global Offensive, League of Legends, Apex Legends, Valorant, Dota 2, and Call of Duty dengan menggunakan segala kelengkapan permainan di dalam setiap bilik.

Malahan, bagi kaki console di luar sana juga dapat merasai pengalaman bermain e Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles, Elden Ring, Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2, Gran Turismo 7, FIFA 22, dan jugaNBA 2K22.

Kredit : Youtube Daddy

Bagi yang suka mengumpul koleksi merchandise SEM9 juga, anda boleh mendapatkan barangan itu di SEM9 Senai Hotel ini, kerana SEM9 Senai Hotel memang mempromosikan pakaian e-sukan SEM9 termasuk jersi dan barang koleksi.

Kredit : My Game On

Sebarang tempahan dan pilihan jenis bilik seperti S9 Cozy, Deluxe, Executive, Triple dan Double boleh dibuat bermula 1 Jun 2022 melalui laman web rasmi SEM9 Senai Hotel. Tambahan lagi harga juga berpatutan iaitu bermula serendah daripada RM115 hingga RM220 mengikut bilik dan kadar masa dihuni.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *