Isu Pause ketika perlawanan akhir Mobile Legends Bang Bang MLBB yang berlangsung di Sukan Sea Hanoi, Vietnam Ke-31 telah menjadi kontroversi hangat yang dibualkan kini. Gara-gara isu pause secara berlanjutan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen Indonesia hingga menyerang Instagram Pasukan Filipina (Blacklist International). Melihat isu ini semakin menjadi-jadi, R7 tampil untuk memberikan keterangan berkenaan isu pause ketika perlawanan MLBB berlangsung.
Sebenarnya isu pause di dalam perlawanan MLBB seperti ini adalah normal dan selalu terjadi memandangkan permainan MLBB ini diharamkan di Vietnam, disebabkan itu mereka menggunakan menggunakan VPN (Virtual Private Network)
Menerusi Live Instagram pemain yang bernama Rivaldi Fatah atau lebih dikenali sebagai R7 telah memberikan sedikit penerangan berkenaan isu ini.
“Pause adalah perkara yang normal terjadi di Vietnam saat perlawanan Mobile Legends Bang Bang MLBB berlangsung, hal ini kerana permainan peranti mudah alih ini adalah diharamkan di tempat mereka. Oleh sebab itu mereka menggunakan sistem VPN (Virtual Private Network) untuk log-in permainanan ini. Sekaligus menyebabkan kami bermain dengan ping yang tinggi sebanyak 40.” ujar R7.
Melalui penjelasan ini, kita dapat menyimpulkan yang semua pemain MLBB di Sukan Sea 31 sebenarnya tidak bermain dalam situasi atau mode yang sama seperti biasa mereka bermain di acara sebelum ini.
Keadaan ini sebenarnya memberi impak yang besar kerana mempengaruhi persembahan mereka ketika bermain dalam situasi dan keadaan yang berbeza kerana mereka mungkin tidak bersedia atau tidak pernah membayangkan hal ini terjadi sehinggalah temasya ini berlangsung.
Isu ini juga bukanlah dihadapi oleh pasukan Indonesia sahaja, malahan pasukan daripada negara lain juga akan menghadapi hal yang sama ketika perlawanan MLBB di Hanoi ketika itu.
Kita boleh katakan ini bukanlah 100% penyebab kegagalan mereka, mungkin jika pemain melakukan sedikit kajian (research) atau belajar (study) mengenai MLBB di Vietnam pasti pemain akan lebih bersedia daripada segala sudut.
Tambahan lagi, Vietnam juga sebenarnya mempunyai server MLBB mereka sendiri iaitu Mobile Legends: Bang Bang VNG.
Jadikan ini sebagai pengalaman dan pembelajaran baru buat pemain-pemain MLBB, tetap Tahniah kepada semua yang telah meraih Pingat, anda telah berusaha sebaiknya untuk sampai ke tahap ini!
Buat yang tidak memperolehi mana-mana pingat anda tetap menjadi pasukan atau pemain kegemaran negara, sampai ke tahap Sea Games 31 ini sudah cukup membanggakan. Usaha lagi di masa akan datang!
Oleh yang demikian, harapan kami semoga isu ini tidak menjadi salah faham lagi, dan ianya bukan tactical pause seperti yang telah digembar-gemburkan.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!