MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Thailand Juara Free Fire World Series 2022

ai hyprgame
Kongsi
Thailand Juara Free Fire World Series 2022

Acara Free Fire World Series FFWS 2022 telah pun berakhir dengan menyaksikan Pasukan Thailand telah dinobatkan sebagai Juara FFWS 2022. Acara yang disertai 11 region seluruh pelusuk dunia bagi merebut kemenangan US$500,00 itu telah diraih oleh pasukan Attack All Around dari Thailand.

Kredit : One Side Zero

Untuk pengetahuan, selain Attack All Around, ada lagi satu pasukan dari Thailand iaitu Evos Phoenix juga turut bersaing dalam FFWS 2022.

Attack All Around merupakan pasukan kedua Thailand yang memenangi Kejohanan ini selepas Evos Phoenix yang sebelum ini pernah menjuarai FFWS 2021 di Singapura.

Kredit : Youtube Garena Free Fire Global

Selain itu, pasukan dari Malaysia iaitu Farang berada di ranking ke-9 dengan 22 kills sekaligus membawa pulang US$70,000 sebagai hadiah tunai.

Kredit : One Side Zero

Melalui pelabgai cabaran, pasukan Farang berjaya meraih 22 kills beserta 15 placement points. Menariknya, pengguna Free Fire region ini akan menebus sebanyak 22 Luck Royale Vouchers bagi pelbagai jenis Free Fire in-game sebagai tanda penghargaan pencapaian pasukan ini. Tahniah pasukan Farang!

Kredit : Dot Esports

FFWS 2022 ini boleh dikatakan antara yang sengit kerana Attack All Around berjaya untuk skor sebanyak 92 mata serta 42 kills. Manakala tempat kedua FFWS 2022 yang dimenangi oleh EVOS Phoenix hanya beza 1 mata dengan Attack All Around apabila mendapat 91 mata.

Sebagai pasukan underdogs di dalam FFWS 2022 ini, Attack All Around akhirnya berjaya menguasai permainan mereka ini hingga ke Final melalui Play-ins pada minggu lepas.

Kredit : liquipedia

Selain daripada itu, JLX yang juga merupakan ahli pasukan Attack All Around telah dinobatkan sebagai Most Valuable Player (MVP) bagi FFWS 2022 Sentosa kerana pencapaian beliau dengan mempersembahkan 14 kills.

Bagi yang ketinggalan acara ini, anda boleh saksikan rakaman perlawanan ini di Siaran Free Fire’s Official Youtube.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *