MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Filipina Dan Indonesia Ke Peringkat Final

ai hyprgame
Kongsi
Filipina Dan Indonesia Ke Peringkat Final

Walaupun Skuad Malaysia telah memberikan momen yang cantik pada hari ke-2 perlawanan Mobile Legends Bang Bang MLBB di Sukan Sea Hanoi, ternyata nasib tidak menyebelahi mereka apabila pasukan Indonesia telah berjaya mengalahkan mereka sekaligus mara ke peringkat Final MLBB Sea Games 31. Untuk Pengetahuan, selain pasukan Indonesia, pasukan Filipina juga berjaya ke peringkat Final MLBB setelah menewaskan pasukan Singapura dengan 2-1 pada Semi Final 1 MLBB Sea Games 31. Tahniah buat pasukan Filipina dan Indonesia, GG pasukan Malaysia kerana telah memberikan persembahan yang terbaik sepanjang perlawanan !

Savage! Indonesia Is Ready To Face The Philippines In The 2021 MLBB SEA Games Grand Final
Kredit : VOI

Pasukan Indonesia merupakan pasukan kedua yang layak ke Grand Final MLBB di Sukan Sea Hanoi Vietnam 31 setelah berjaya menewaskan pasukan Malaysia semasa di Semi Final 2 Mobile Legends Bang Bang MLBB kiraan nilai mata IDN 2 – 0 MAS.

Kredit : Liputan 6

Nampakny pasukan Indonesia telah pun menghidu strategi Malaysia, lantas berusaha berusaha untuk melakukan split fight menentang Ciku dengan hero Baxia-nya sekaligus menyebabkan Indonesia menguasai permainan ini dengan skills yang digunakan Sanz daripada pasukan Indonesia.

SEA Games grand finals
Kredit : Gosu Gamers

Tidak begitu lama pasukan Singapura mengekalkan posisi mereka untuk ke peringkat Final apabila mereka akhirnya tumpah ditangan pasukan Filipina saat Diggie berjaya menentang Helcurt.

May be an image of 2 people, people standing and text
Kredit : Facebook MPL Malaysia

Pasukan Malaysia juga telah tewas dengan pasukan Singapura dengan mata SGP 2 – 1 MAS, yang menjadikan pasukan Singapura telah memenangi Pingat Gangsa pada match ini.

May be an image of 7 people and text that says '"SEAGAMES VIETNAM2021 TEAM MALAYSIA #DEMIMALAYSIA 18- 18-20MEI 4MEYZ AJIQTUSOK ΜΟΥΥ MOONTON CIKUGAIS XORN VIRESA MOON MOMO UNGGAMES MOBILE LEGENDS'
Kredit : Facebook MPL Malaysia

Walaupun ini merupakan momen yang mendukacitakan buat semua peminat MLBB Malaysia, skuad Malaysia telah pun bermain dengan baik walau dalam keadaan yang sengit. Cikugais, Xorn, 4meyz, Momo dan Moon telah melontarkan permainan yang cantik saat menewaskan pasukan Myammar dan Laos pada match sebelum nya di Sukan Sea 31.

May be an image of 2 people, people standing and text
Kredit : Facebook MPL Malaysia

Meskipun tewas, tepukan semangat dan sokongan patut diberikan kepada skuad negara ini kerana berjaya sehingga ke Semi Final meninggalkan pasukan negara lain. Semoga ini mejadi pengalaman terbaik untuk skuad Malaysia menjadi lebih baik di Sea Games akan datang. Salute kepada mereka!

No photo description available.
Kredit : Facebook MPL Malaysia

Pasukan manakah yang akan menjadi Champion di Finale MLBB Sea Games 31? Indonesia atau Filipina? Kita nikmati perlawanannya nanti!

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *