MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

GrindSky Eris Menang Pingat Emas Sukan Sea 31

ai hyprgame
Kongsi
GrindSky Eris Menang Pingat Emas Sukan Sea 31

Pasukan Wanita Wild Rift, Grindsky Eris telah pun memenangi Pingat Emas di temasya Sukan Sea 31, Hanoi Vietnam. Skuad League Of Legends : Wild Rift Wanita iaitu Grindsky Eris ini telah mempamerkan prestasi yang terbaik apabila menguasai permainan awal yang baik menentang Laos dan tuan rumah Vietnam bagi peringkat kumpulan Wild Rift sekaligus nmendapatkan Pingat Emas sebagai habuan.

Philippines' Women Wild Rift team wins esports gold. SIBOL PHOTO
Kredit : sports inquirer.net

Dalam pada itu, ahli pasukan Grindsky Eris, Christine (Ray Ray) juga memberikan kenyataan ringkas ketika temubual bersama media selepas perlawanan mereka itu yang mereka sudah melalui banyak hal sebelum mencapai ke tahap ini.

Kredit : Youtube Wild Rift Pro Highlight

“We’ve been competing in multiple tournaments and Thailand is one of our strongest opponents. We can see that we had a hard game,” Christine “Ray Ray” Natividad said in an interview after their match. 

“Kami telah bersaing dalam beberapa kejohanan dan Thailand adalah salah satu lawan kami yang paling kuat. Kami dapat melihat bahawa kami telah melalui permainan yang sukar,” kata Christine “Ray Ray” Natividad dalam temu bual selepas perlawanan mereka.

Kredit : Youtube Wild Rift Pro Highlight

Untuk pengetahuan, Skuad Wild Rift Wanita – Filipina ini adalah yang pertama mendapatkan Pingat Emas pada Sukan Sea 31 selepas menewaskan Singapura pada match tersebut.

Dengan menghadapi semua tentangan, skuad GindSky Eris, yang terdiri daripada Christine Natividad, Rose Ann Robles, Charize Doble, Giana Llanes, April Sotto, dan Angel Lozada mengambil peluang dalam setiap hentian sehingga mendapat kemenangan 3-0.

The Filipina Wild Rift squad ran the table on the initial competition that included Thailand, Singapore, Laos and Vietnam on Tuesday. Handout
Kredit : ABS CBN News

Strategi bijak yang digunakan pasukan wanita ini untuk menumpukan perhatian pada bahagian tengah medan pertempuran membuahkan hasil apabila dapat menewaskan Singapura ketika itu.

Pengalaman dan semangat berkumpulan yang ditunjukkan pasukan wanita ini, menjadikannya suatu kelebihan buat mereka untuk Sea Games kali ini.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *