MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Fredo PUBG akan bermain MLBB?

ai hyprgame
Kongsi
Fredo PUBG akan bermain MLBB?

Seperti yang telah kita ketahui, Team Secret sudah banyak menubuhkan divisi pasukan untuk setiap permainan video popular seperti Dota 2. Namun begitu mereka masih belum lagi mengumumkan pasukan manakah yang akan berentap dalam Land Of Dawn.

Di akaun media sosial mereka, ada satu posting yang menunjukkan gambaran pemain tetapi di blur kan. Ramai mula agak adakah itu Fredo? Adakah dia akan menjadi pasukan dalam Land of Dawn, Mobile Legend Bang Bang pula ?

Fredo PUBG akan bermain MLBB?

Pemain PUBG Ahmad Fuad Razali atau lebih dikenali sebagai Fredo mungkin akan menjadi pemain MLBB mereka yang pertama. Kita sendiri tahu kehebatan Fredo dalam perjalanannya di arena Mobile Legend sebagai pemain profesional untuk tiga tahun. Fredo juga bersama ahli pasukannya Team Saiyan, Air Asia Saiyan dan Shopee Bosskur.

Selain itu Fredo juga telah menyertai MPL MY/SG sebanyak 3 kali dan MSC sebanyak 2 kali. Fredo memenangi anugerah sebagai pemain yang paling popular untuk peringkat SEA.

Dengan mempunyai pengikut di media sosial melebihi 1 juta dari seluruh dunia, pastinya ramai yang teruja jika Fredo menjadi pemain MLBB yang pertama Team Secret.

Kredit : Youtube Team Secret

Di media sosial telah tersebar satu klip video, dimana Fredo terlihat sedang menggunakan Xavier dan menumpaskan pihak lawan dengan aksi yang hebat.

Mobile Legends Xavier: Hero overview, skill analysis and release date
Kredit : mygamingon

Jadi benarkah khabar angin yang Fredo dari PUBG Mobile ini akan bertukar angin dan mula bermain MLBB secara kompetitif? Kita akan saksikan nanti !

Jika benar pun tidak menghairankan, kerana Fredo sudah berpengalaman dalam MLBB. Sebelum berada dki arena PUBG Mobile, Dia juga pernah berada di arena MLBB selama beberapa tahun.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *