MEMUAT

Taip untuk mencari

Free Fire Kesilapan Yang Dilakukan Rank Pusher

ai hyprgame
Kongsi
Free Fire Kesilapan Yang Dilakukan Rank Pusher

Garena Free Fire merupakan antara permainan yang terpopular dalam kalangan peminat permainan jenis “shooter.” di negara ini, Free Fire sendiri adakah Battle Royal yang memiliki banyak karakter, senjata serta kumpulan kostum pelbagai karakter untuk kalian gunakan. Tetaapi tahukah kita tentang kepentingan dan kesilapan yang sering dilakukan terhadap rank pusher saat berlawan dengan pemain baru atau pemain yang tak dikenali juga memberikan kesan kepada permainan kita sendiri jika tidak tahu cara yang betul?

Seperti yang kita sedia maklum, mencapai target untuk ke level tertinggi atau pushing rank adalah sukar di Garena Free kepada pemain baru ataupun newbies. Malah juga boleh mengganggu pemain pro jika tidak mendapat pasukan yang tepat untuk berlawan. Kesukaran untuk menetapkan ahli kumpulan ataupun squad tetap juga menjadikan permainan ini menjadi sukar. Sehinggakan ada pemain yang mengambil keputusan untuk bermain dengan pemain baru random users

Playing with random players in Free Fire is not the best idea (Image via Garena Free Fire)
Kredit : sportskeeda.com

Hal ini demikian kerana, terdapat pemain yang tidak serius ketika berlawan untuk mendapatkan rank dan langsung tidak membantu pasukan yang mereka sertai. Ini bermaksud tidak ada sikap bermain secara kumpulan atau kesepakatan di dalam perlawanan tersebut.

Kredit : sportskeeda.com

Terdapat beberapa tips yang dapat membantu pemain untuk tidak melakukan kesilapan saat bergabung bersama Random Players. Antaranya kesilapan yang sering dilakukan tetapi harus dielakkan adalah terlalu bergantung kepada random players seperti yang sering dilakukan dengan pemain pro. Hal ini demikian kerana random players selalu bermain sesuka hati mereka tanpa menggunakan strategi yang betul. Random players ini juga tidak melakukan cubaan menyelamat ahli pasukan lain jika pasukan terkena knocked down dan sebagainya.

Kredit : sportskeeda.com

Selain itu, penerjunan ataupun nama lainnya landing juga merupakan kunci kepada kemenangan dalam free fire, dimana pasukan yang terdiri daripada random player akan landing sesuka hati tanpa memilih drop zone yang tepat sehingga menyebabkan pasukan seolah berpecah kerana beradah di arah zon yang berbeza. Hal ini akan memberi risiko kepada team jika berdepan dengan musuh.

Kredit : sportskeeda.com

Tambahan lagi, random players juga tidak tahu untuk berkongsi maklumat atau memahami arahan dengan jelas ketika berlawan. Malah ada yang suka buat ikut cara sendiri, sedangkan keputusan yang diambil itu salah kerana memberi risiko kepada rakan sepasukan yang lain. Contohnya, jika terdapat item ataupun senjata pada koleksi mereka, mereka cenderung untuk membiarkan begitu saja walaupun senjata telah banyak terkumpul. Pendek kata mereka tidak gtahu menggunakan maanfaat atau kelebihan yang ada kepada pasukan.

Kredit:sportskeeda.com

Jika kita seorang pengejar target push ranks yang sudah biasa dengan free fire, usah harapkan random players ini mengikuti cara permainan kita kerana mereka sering keluar daripada landasan perancangan permainan yang telah diatur oleh team lead atau pasukannya. Kiranya random player ini memang tak tahu untuk memberikan kerjasama dengan orang lain sehingga membahayakan prestasi pasukan.

Kredit : Sportskeeda.com

Dan yang paling menyedihkan apabila mengharapkan random players untuk berada di depan sebgai lead tetapi akhirnya mereka lebih selesa untuk berada di belakang, menyorok atau berlindung cover dan barulah di shoot. Seolah-olah fungsi mereka disini hanya sebagai pemain belakang tabir behind the scene, sedangkan tugas sebenar mereka adalah menyokong pemain mahupun ketua mereka dari dtembak. Bila terjadinya situasi sebegini, pasukan lawan atau musuh mudah untuk menghidu strategi permainan mereka yang lemah dan tidak tepat ini.

Kredit : hindustantimes.com

Kesimpulannya, pilihlah pemain yang tepat, serius untuk memenangi perlawanan bukan sekadar melepas batuk ditangga. Setiap perlawanan yang berkaitan kumpulan perlulah berada dalam kerjasama barulah team work namanya !

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya