Kalau dilihatkan dalam regular season MPL Malaysia S9, memang 3 hero ini banyak kali dimasukkan dalam draft picked & ban. Seperti yang kita tahu, Valentina sentiasa menjadi fokus utama semua pasukan untuk mengenakan ban terhadap hero ini dengan ultimate yang dimiliki.
Sama juga seperti Lancelot & Aulus, hero ini juga antara hero yang kuat di patch MLBB yang sekarang sehingga 2 hero ini menjadi hero kegemaran pasukan di MPL Malaysia S9. Namun, di Patch 1.6.64, 3 hero popular di MPL ini bakal dikenakan nerf!
Perubahan tersebut berkemungkinan akan membuatkan kekuatan Valentina berkurang terutamanya di lane dia. Peningkatan level juga tidak akan terjadi dengan cepat seperti sebelum ini.
Thorned Rose yang merupakan damage utama Lancelot kini akan dikenakan nerf. Jadi, pengurangan damage pada skill tersebut akan melihatkan perubahan pada kepantasan dia melakukan farm & kekuatannya dalam team-fight.
Aulus merupakan hero Jungle yang sering dipilih di dalam draft pasukan MPL. Banyak kali hero ini dimasukkan sehingga komuniti MLBB merasakan Aulus sudah ‘rosak’. Capai Sahaja Level 12, memang Aulus dah ada power spike dia.
Pengurangan Base Physical Attack yang akan dikenakan kepada Aulus akan melihatkan hero ini sedikit kurang dalam farming di fasa early game. Jadi, masa untuk Aulus capai Level 12 akan semakin meningkat, tidak seperti sebelum ini.
Jangan lupa ikuti Hyprgame di Twitter, Facebook dan Instagram untuk berita menarik!