MEMUAT

Taip untuk mencari

MPL ID S9: BTR Rippo nak kurangkan taunting pasukan lawan

atq_hyprgame
Kongsi

BTR Rippo yang merupakan pemain profesional MLBB, Bigetron Alpha menyatakan bahawa beliau akan kurangkan taunting pasukan lawan ketika memenangi perlawanan.

Siapa yang tidak kenal dengan BTR Rippo? Boleh dikatakan beliau “Raja Taunting” dalam kompetitif MLBB Indonesia. Kalau BTR Alpha menang, BTR Rippo adalah pemain yang sering melakukan taunting terhadap pasukan lawan. Mungkin tiada lagi taunting dari BTR Rippo selepas ini.

Sumber: Bigetron Esports

Melihat Bigetron Alpha memenangi perlawanan menentang Rebellion Genflix & EVOS Legends, BTR Rippo tidak melakukan taunting terhadap pihak lawan. Selepas kemenangan yang pasukan beliau dapatkan terhadap Rebellion Genflix, BTR Rippo menyatakan dalam temu bual,

“Untuk season ini dibandingkan season lalu yang berbeza dari saya adalah tiada taunting. Alasannya kerana memang tidak mahu…. ya, adalah hehe. Karma lah, kurang-kurangkan sahaja.”

BTR Rippo akan sertai pasukan MLBB Geek Fam Malaysia bagi pemilihan untuk ke 31st SEA Games. Untuk Malaysia, penilaian adalah berdasarkan pasukan lokal, bukan negara itu secara umum. Jadi, untuk mewakili ke 31st SEA Games, mereka harus sertai pasukan lokal. Dan, itu yang dibuat oleh BTR Rippo.

Sumber: Bigetron Esports

Taunting boleh uji mental pihak lawan atau hanya untuk suka-suka?

Dalam e-sukan, taunting merupakan perkara yang biasa dilakukan jika sesuatu pasukan itu memenangi perlawanan. Mungkin dari perspektif yang lain, taunting adalah untuk kenakan serangan psikologi terhadap pasukan lawan. Ia memang dilihatkan sebagai provokasi tetapi jika ianya tidak berlebihan sehingga toxic pasukan lawan, mungkin taunting boleh dilihat dari sudut yang positif.

Ianya 100% bergantung kepada pasukan yang terkena taunting itu sendiri. Kalau pasukan itu merasakan taunting pasukan lawan boleh serang mental mereka untuk perlawanan yang seterusnya, ia akan beri kelebihan besar buat pasukan yang taunting. Ia bukanlah suatu kesalahan. Cuma, perlu letakkan limitasi.

Tetapi dalam kompetitif MLBB, terutamanya MPL Indonesia, taunting merupakan perkara biasa. Dan dengan adanya BTR Rippo yang dikenali sebagai “Raja Taunting”, rasanya semua pasukan MPL Indonesia sudah faham dengan cara BTR Rippo meningkatkan intensiti perlawanan tersebut.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *