MEMUAT

Taip untuk mencari

31st SEA Games: Final MES 2022 MLBB bersiaran langsung 23 Februari

atq_hyprgame
Kongsi

10 pasukan MLBB telah pun terpilih untuk melalui qualifier yang diadakan oleh MESF bagi menentukan pasukan MLBB terbaik yang terpilih untuk mewakili Malaysia di 31st SEA Games. Peringkat Akhir Malaysian Esport Selection 2022 bagi MLBB akan berlangsung pada 23 Februari ini.

Untuk qualifier, tidak ada sebarang siaran langsung ditayangkan. Siaran langsung hanya akan tersedia pada 23 Februari iaitu Peringkat akhir Malaysian Esport Selection 2022. Hari ini, 22 Februari adalah hari terakhir qualifier sebelum menentukan pasukan mana yang akan ke Peringkat Akhir Malaysian Esport Selection 2022. 

Senarai 10 pasukan yang ada dalam Malaysian Esport Selection 2022 bagi MLBB adalah Todak, Team SMG, Team Lemah, Red Esports, Geek Fam, Orange Esports, RSG MY, HomeBois, Suhaz Esports & MAB Esports

Sumber: MESF

Slot Team Lemah merupakan slot asal Team Caracal pada awalnya. Tetapi MESF menyatakan bahawa Caracal telah menarik diri kerana tidak dapat mengatur pasukan penuh akibat pemain bawah umur. Oleh itu, Team Lemah, selaku pasukan seterusnya yang layak, telah dipilih.

Team Caracal tidak memiliki Jungler untuk dimainkan di Malaysian Esport Selection 2022. Syarat kelayakan untuk sertai pemilihan ini adalah pemain mesti berumur 18 tahun ke atas. Disebabkan Jungler mereka, LinkEzaa masih di bawah umur yang disyaratkan, Team Caracal tidak dapat melalui proses pemilihan tersebut. 

Berikut merupakan keputusan qualifier hari pertama, 21 Februari:

Sumber: MESF
Sumber: MESF

Dari keputusan hari pertama qualifier, terdapat beberapa pasukan yang akan melaju terus ke peringkat upper bracket. Pasukan yang akan ke upper bracket adalah Todak, Team SMG, HomeBois & RSG MY. Manakala, di peringkat lower bracket, Orange Esports, Team Lemah, Geek Fam & MAB Esports telah pun melengkapkan slot.

2 lagi slot di lower bracket telah diisi oleh pasukan Red Esports & Suhaz Esports. Namun, buat masa ini, pasukan yang akan berjumpa dengan 2 pasukan ini di lower bracket masih lagi belum ditentukan. 2 pasukan yang tewas di upper bracket (pada hari ini, 22 Februari) akan berjumpa dengan Red Esports & Suhaz Esports di lower bracket.

Sumber: MESF
Sumber: MESF

Pasukan manakah yang akan mewakili Malaysia di 31st SEA Games? Adakah Todak akan beri fokus yang sepenuhnya untuk menjadi wakil Malaysia di 31st SEA Games? Atau Team SMG akan terus mendominasi arena?

Peringkat akhir Malaysian Esport Selection 2022 akan bersiaran langsung pada hari esok, 23 Februari! Malaysian Esports Selection 2022 telah dianjurkan oleh Malayisa Esports Federation (MESF). Bukan itu sahaja, MESF juga disokong oleh 3 nama penting dalam e-sukan iaitu KBS Malaysia, Majlis Sukan Negara Malaysia & MPL Malaysia.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *