MEMUAT

Taip untuk mencari

WCS 2022: 25 Februari ini! 8 pasukan di regular season MYSG

atq_hyprgame
Kongsi

Seperti biasa, kejohanan-kejohanan besar e-sukan akan bermula pada awal tahun begitu juga dengan Wild Rift. Regular Season WCS MYSG akan mula membuka arena mereka pada 25 Februari ini. Ada 8 pasukan yang sudah melengkapkan slot di regular season WCS MYSG. 

Peringkat kumpulan/regular season bagi Wild Rift Champions SEA (WCS) MYSG 2022 akan bermula pada 25 Februari sehingga 27 Mac. Regular season akan berlangsung selama 5 minggu dalam format double round-robin. 

Manakala pasukan yang layak ke playoffs menerusi regular season akan bermula pada 1 April sehingga 10 April. Hanya 6 pasukan sahaja yang akan layak ke peringkat playoffs. Playoffs akan dimainkan dalam format double round elimination. 

Sumber: WCS Singapore & Malaysia

8 pasukan yang sudah pun melengkapkan slot mereka di regular season WCS MYSG adalah SEM9, Todak, Phantom6, PathSeeker, Upcar Esports, Reach The Peak, Team Watermelon & LF Org. Mereka akan merebutkan kumpulan hadiah sebanyak AS$100,000 (RM 417,750) yang ditawarkan di WCS MYSG. 

Selain daripada 8 pasukan yang akan bertanding di Regular Season WCS MYSG, ada 7 talent utama yang akan menyokong kejohanan ini untuk siaran Bahasa Melayu. Talent yang akan melengkapkan meja analisis & pengulas bukanlah terdiri daripada individu baru.

Antara talent terkenal yang akan bersama-sama menjayakan kejohanan WCS MYSG adalah Tashbunny, Ikuto, Fyra Zaidi, Mikos, Sir Cloud, ChuChu & Gohunt. Mereka pernah melengkapkan meja pengulas bagi kejohanan Free Fire, VALORAN, Wild Rift, PUBG Mobile & League of Legends (LoL).

Sumber: WCS Singapore & Malaysia
Sumber: WCS Singapore & Malaysia

Kami di Hyprgame akan mengemaskini semua informasi terkini berkaitan dengan Wild Rift Champions SEA (WCS) MYSG 2022. Untuk informasi yang berterusan, boleh ke laman rasmi Facebook ESL Malaysia & Wild Rift Esports

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seterusnya