MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: ,

Mobile Legends: Bang Bang lancar koleksi NFT pertama di Binance

atq_hyprgame
Kongsi

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah pun melancarkan koleksi Non-Fungible Token (NFT) dengan kerjasama Binance — salah satu pertukaran mata wang kripto terkemuka di dunia. 

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

NFT yang dilancarkan oleh MLBB diberi tajuk “MLBB: The Aspirants Mystery Box”. Ianya diterbitkan oleh NFKings yang merupakan sebuah syarikat kreatif & pengeluaran NFT. Setiap kotak misteri mengandungi satu daripada 12 digital wira MLBB yang unik dengan gred yang berbeza-beza — setiap satu mengandungi angka digital dan animasi eksklusif watak tersebut.

Mengumpul NFT yang mencukupi juga akan memberi ganjaran skin dalam permainan secara percuma kepada pemain. NFT bagi MLBB: The Aspirants Mystery Box telah pun tersedia pada 19 Januari 2022. Setiap pemain boleh membeli maksimum 100 kotak.

Sumber: Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends lancarkan NFT dengan kerjasama Binance

Mobile Legends: Bang Bang telah menyediakan 25,000 kotak misteri yang mengandungi pelbagai item NFT bertemakan tajuk MOBA mudah alih. 300 daripada kotak ini dikhaskan untuk community airdrop.

MLBB: The Aspirants Mystery Box

Berikut adalah senarai lengkap untuk semua item NFT yang terdapat dalam kotak misteri MLBB:

Item NFT MLBBGredJumlah KeluaranKebarangkalian
Blade of KibouSSR1500.60%
Miss HikariSSR1500.60%
SkylarkSR1,8507.40%
Blazing GunSR1,8507.40%
Lightborn – RangerR2,2509.00%
S.A.B.E.R. BreacherR2,2509.00%
Christmas CarnivalR2,2509.00%
Bunny BabeR2,2509.00%
Campus YouthR3,00012.00%
Green FlashR3,00012.00%
LifeguardN3,00012.00%
Blue SpecterN3,00012.00%

**SSR: Super Super Rare, SR: Super Rare, R: Rare, N: Normal

Pengenalan NFT di Asia Tenggara terutamanya dalam permainan e-sukan

Dalam permainan video, penggunaan NFT boleh dikatakan semakin meningkat. Ramai yang mahu menceburi industri NFT terutamanya organisasi e-sukan & permainan. 

Untuk pengetahuan semua, Binance NFT adalah token kriptografi yang mewakili aset unik. Ia berfungsi sebagai bukti keaslian & pemilikan yang boleh disahkan dalam rangkaian blockchain. NFT tidak boleh ditukar ganti antara satu sama lain. 

NFT tidak dapat dinafikan memerlukan banyak pelaburan kewangan kerana ia sebahagian daripada acara lelongan (auction). Ada macam-macam cara untuk lancarkan koleksi NFT. Ianya boleh juga dibuat di platform lain selain dari Binance. Namun, untuk MLBB, mereka melancarkan NFT pertama mereka di bawah kerjasama Binance NFT. 

Sumber: Axie Infinity

Permainan blockchain seperti Axie Infinity, Job Tribes & Crypto Blades telah mula menguasai rantau Asia Tenggara dengan hebat. Mereka malah mempunyai pangkalan pemain aktif yang sangat besar. Salah satu daripada beberapa perkara yang mengekalkan permainan ini walaupun memerlukan banyak pelaburan kewangan ialah konsep unik mekanik iaitu “Manager & Scholar”.

Organisasi e-sukan terbesar, Team Secret juga telah melancarkan Secret Gemini Guild, platform NFT yang juga membawa konsep “Manager & Scholar”. Memang NFT kini semakin berkembang dalam kalangan organisasi e-sukan. Di masa akan datang, tidak terkejut akan ada lebih ramai lagi organisasi e-sukan di Asia Tenggara yang akan ceburi industri NFT.

Sumber: Team Secret

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *