MEMUAT

Taip untuk mencari

Kenapa Microsoft beli Activision? Semua perkara yang perlu anda tahu!

atq_hyprgame
Kongsi

Microsoft mengejutkan banyak industri teknologi dengan berita tentang pengambilalihan mereka terhadap platform permainan terbesar iaitu Activision dengan perjanjian AS$68.7B. Activision yang memiliki beberapa francais di bawah mereka seperti Call of Duty, Diablo, Overwatch, StarCraft, & World of Warcraft termasuk dalam senarai keluarga Xbox.

Perjanjian antara Microsoft & Activision adalah perjanjian terbesar dalam sejarah permainan video di mana ia melangkau hampir 3 kali ganda pembelian LinkedIn sebelum ini yang bernilai AS$26.2B pada tahun 2016. 

Sumber: Microsoft

Apa rationaliti dalam pengambilalihan teknologi gergasi, Microsoft terhadap Activision?

Ramai peminat yang tertanya-tanya tentang pengambilalihan ini. Apakah rationaliti disebalik pengambilalihan tersebut? Rationalitinya adalah mungkin Microsoft ingin menguasai industri permainan. Activision adalah industri permainan yang memiliki banyak tajuk permainan popular di bawah mereka. Mereka juga memiliki penguasaan yang besar dalam industri tersebut.

Buat masa kini, jawapan yang paling tepat kenapa Microsoft ambil alih Activision adalah disebabkan oleh perkembangan dalam dunia permainan itu sendiri. Seperti yang kita tahu, memang permainan video mampu berkembang dengan lebih pesat lebih-lebih lagi dalam era yang sekarang. Walaupun ianya telah berkembang dengan baik pada tahun-tahun yang sebelum ini, kini, permainan video lebih relevan dengan adanya penambahbaikan yang meluas.

Sumber: Klobrille

Pengambilalihan ini akan menjadikan Microsoft syarikat permainan ketiga terbesar di belakang syarikat Sony & Tencent. Activision Blizzard juga memiliki banyak tajuk permainan yang membawa keuntungan besar. Pemerolehan Activision oleh Microsoft meletakkan syarikat itu dalam kedudukan untuk menjadikan beberapa tajuk ini eksklusif pada Xbox.

Banyak keuntungan yang boleh dimiliki oleh Microsoft. Mereka telah pun tersenarai dalam nama-nama besar di dalam industri teknologi itu sendiri. Kini, selepas mengekalkan kedudukan mereka dalam industri, Microsoft mahu cuba meluaskan kuasa mereka. Selain itu, Microsoft juga boleh meningkatkan langganan Game Pass mereka. 

Sumber: Klobrille

Microsoft memang mahu mengembangkan kehadiran mereka dalam segmen permainan mudah alih yang berkembang dengan baik. Activision Blizzard memiliki studio permainan mudah alih King, Candy Crush yang sangat popular yang mampu memberikan Microsoft kedudukan yang kukuh dalam permainan mudah alih. 

Dan akhirnya, Microsoft kini rasmi telah memberi tumpuan kepada generasi permainan & internet yang akan datang pada masa hadapan. Metaverse, pada saat ini ianya masih dalam teori di mana ruang fizikal & virtual masih lagi belum dapat diterjemahkan dengan lebih mendalam. Tetapi kita dapat lihat Facebook telah pun membuat langkah pertama mereka dengan menukar nama syarikat induk mereka kepada Meta. 

Di laman Twitter milik Klobrille, individu itu telah pun menyenaraikan semua nama di bawah Xbox Studio, Bethesda & Activision|Blizzard.

Xbox Game Studios
Blizzard Entertainment
Breenox
High Moon Studios
Infinity Ward
King
Raven Software
Sledgehammer Games
Toys for Bob
Treyarch
Sumber: Klobrille

Berikut adalah Xbox Game Studios & senarai francais Activision Blizzard yang akan dimiliki oleh Microsoft jika perjanjian itu mengikuti rancangan yang dirancang oleh kedua-dua syarikat:

Francais Activision Blizzard
ActivisionCall of Duty
Crash Bandicoot
Guitar Hero
Spyro the Dragon
Skylanders
Tony Hawk
BlizzardDiablo
Hearthstone
Lost Vikings
Overwatch
StarCraft
World of Warcraft
KingBubble Witch Saga
Candy Crush
Diamond Diaries Saga
Farm Heroes Saga
Pet Rescue
Sumber: Klobrille

Satya Nadella, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft berkata, 

“Industri permainan adalah kategori paling dinamik & menarik dalam hiburan merentas semua platform hari ini & akan memainkan peranan penting dalam pembangunan platform metaverse,”

Adakah perjanjian di antara Microsoft & Activision telah dimuktamadkan?

Tidak. Perjanjian itu bukanlah perjanjian dalam jangka masa yang pendek. Ia adalah perjanjian dalam jangka masa yang panjang di mana ia dijangka bakal dimuktamadkan pada bulan Jun 2023. Perjanjian ini juga akan melalui proses dengan teliti disebabkan oleh ia perjanjian terbesar dalam sejarah permainan video. 

Permainan Activision Blizzard akan menjadi eksklusif Xbox?

Microsoft tidak mengelurkan kenyataan rasmi setakat ini. Tetapi ia dilaporkan merancang untuk terus membuat permainan Activision terpilih untuk PlayStation sambil mengekalkan beberapa kandungan eksklusif untuk Xbox

Sumber: Klobrille

Menurut Bloomberg,Phil Spencer, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Gaming berkata

“Bukan niat kami untuk menarik komuniti daripada [PlayStation] dan kami tetap komited untuk itu.” Kebanyakan francais Activision Blizzard, seperti Call of Duty & Overwatch, mempunyai pengikut yang besar di PlayStation, jadi nampaknya tidak mungkin Microsoft akan mengehadkannya kepada Xbox & PC sahaja. 

Namun, ini semua masih dalam spekulasi. Belum ada apa-apa kenyataan rasmi dari Microsoft sendiri tentang informasi tersebut. Bagi pengambilalihan tersebut, ianya boleh dikatakan 90% akan dijalankan & ramai tidak sabar ingin melihat Microsoft menguasai industri permainan.

Adakah Microsoft akan membawa perubahan baru, lebih baik dari yang sekarang?

Semua infomasi tentang pengambilalihan ini pasti akan dikemaskini oleh Activision & Microsoft sendiri. Tarikh muktamad tentang perjanjian ini juga belum rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua syarikat.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *