MEMUAT

Taip untuk mencari

MasterRamen ulas berkenaan isu Joki

Kongsi
MasterRamen ulas berkenaan isu Joki

Drama panas berkenaan isu tuduhan joki terhadap salah satu pemain pasukan Mikey iaitu OmbongHaha terus berlarutan selepas isu itu dibangkitkan oleh pihak pasukan MAB setelah mereka gagal untuk mengalahkan pasukan Mikey di pusingan qualifier bagi mendapatkan slot di MPL MY musim ke 9.

Seperti yang kita tahu, OmbongHaha merupakan pemain yang berpengalaman dan pernah mengikuti kejohanan Giler Mobile Legends 2018 bersama skuad Saiyan Godz ketika dahulu. Sebagai pemain yang lama dan juga merupakan konten kreator, OmbongHaha telah menunjukkan bakatnya dan corak permainannya yang hampir sama taraf pemain profesional.

Perkara ini telah diulas oleh bapak esukan tanah air iaitu MasterRamen ketika beliau melakukan streaming PUBG Mobile, dan telah menjawab beberapa soalan yang dilontarkan oleh penontonnya ketika itu. Menurut MasterRamen terhadap isu menjoki ini adalah sangat berat, sekiranya ditangkap oleh pihak Moonton berkemungkinan karier dan income seseorang itu boleh terjejas.

Jika mengikut logik akal, tidak mungkin OmbongHaha yang sudah mempunyai nama ingin merosakkan namanya sendiri dan memusnahkan karier yang telah dibina selama ini. Tambahan lagi, OmbongHaha merupakan pemain di bawah naungan salah satu organisasi yang besar di Malaysia. 

Credit : YT Drama streamer Malaya

Tambah MasterRamen lagi, tidak mungkin OmbongHaha akan berbuat demikian kerana beliau mempunyai segalanya dan tiada apa yang merugikan sekiranya Ombong tidak dapat melepasi peringkat MPL musim ke 9. MasterRamen juga mengatakan bahawa pemain atau pasukan dibawah naungan DaddyHood mempunyai intergriti yang tinggi.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *