MEMUAT

Taip untuk mencari

Tags: , ,

Peminat mahukan MPL MY di francaiskan

Kongsi
Peminat mahukan MPL MY di francaiskan

Baru-baru ini hangat perbincangan berkenaan MPL MY yang tidak di franchisekan seperti negara-negara lain. Perbincangan ini dibuat selepas timbulnya masalah bakat baharu yang tidak dapat diasah dengan sebaiknya dan akhirnya dilupakan begitu sahaja.

Seperti yang kita sedia tahu, di Indonesia juga telah mempunyai liga francais mereka tersendiri yang dinamakan MDL, yang diperkenalkan sendiri oleh Moonton pada MPL musim ke 4. Setiap organisasi yang ingin menghantar pasukannya ke liga francais tersebut harus membayar sebanyak $1 juta USD, dan terdapat 8 pasukan yang telah mengikuti liga francais tersebut.

May be an image of 5 people and text
Credit : Facebok Hakimi Hakimi

Liga francais ini memberikan peluang kepada organisasi yang sudah memberi pendapatan gaji minimum, insuran kesihatan dan juga facilities latihan seperti gaming house kepada pemain. Organisasi yang ingin mengejar branding dan mempromotkan sebarang merchandise, semestinya ingin peluang seperti ini.

Perbincangan ini dibuat oleh komuniti tanah air setelah berasa hairan akan sambutan dan juga peluang terhadap penggiat esukan tanah air. Berikutan, permainan esukan ini juga telah mencapai tahap esukan negara yang akan dipertandingkan di SEA Games, Asian Games dan ada ura-ura mengatakan ia bakal dipertandingkan di Olimpik nanti.

Credit : FB Hakimi Hakimi

Berharap platform liga francais ini ditubuhkan di Malaysia, bagi membendung bakat-bakat baharu dan bukannya berharap di kejohanan MPL semata-mata. Sekali gus, dapat memberi ruang latihan untuk pemain mencuba perkara yang baharu di liga itu sebelum menginjak ke kejohanan profesional seperti MPL dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, bayaran kemasukkan ke liga francais bukanlah sedikit. Organisasi harus melabur sejumlah wang besar dan mengambil risiko untuk sesuatu perkara yang baharu.Rata-rata masyarakat kita masih lagi sangsi dengan penggiat esukan yang seakan tidak mempunyai masa depan.

Jangan lupa ikuti Hyprgame di TwitterFacebook dan Instagram untuk berita menarik!

Tanda:

Anda mungkin juga menyukaià

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *